Saturday, December 11, 2010

Musafir

Bismillaah...


Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkanlah negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rosak keran diam tertahan
Jika mengalir jernih, jika tidak, akan keruh menggenang

Singa jika tidak tinggalkan sarang tidak akan dapat manngsa
Anak panah jika tidak tinggalkan busur tidak akan kena sasaran

Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tidak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan


Imam Syafii

******


Kata mutiara ini aku petik dari novel karya a.fuadi, 'Negeri 5 Menara'. Menurut footnote yang dicatatkan di bawahnya, kata mutiara ini diajarkan kepada siswa tahun empat di Pondok Modern Gontor. Sekolah lama penulis aku kira. 'Kata mutiara' menurutnya.Tapi aku lebih cenderung memanggil ini puisi yang diterjemahkan. Mungkin lebih indah dalam lughah asalnya.

Pagi ni bakal bermusafir jauh. Satu perkara yang aku suka bab bermusafir ni ialah, orang yang bermusafir doanya mustajab. Jadi bila mana aku dalam keadaan musafir aku akan doa banyak-banyak dalam hati apa yang aku nak dalam hidup. Se’detail’ yang boleh.

Maka berjalanlah,bermusafirlah.Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaNya...???huh?


Eh,ni macam dah lirik lagu.

ahahaha

=p


Ada siapa-siapa mahu kirim sekeping dua keping doa?

hehehe


Friday, December 10, 2010

Jatuh

Bismillaah…
Masa,
adalah nikmat selain kesihatan  yang manusia tertipu dengannya. Ini rasulullah yang kata, bukan aku. Untuk yang hampir tiga bulan aku duduk di rumah aku mengaku aku gagal mengisi masa dengan baik. Seorang senior hebat berkata, jika kita tidak mengisi masa kita dengan sesuatu,maka sesuatu akan mengisi masa kita- lebih kurang katanya begitu. Dan rasanya ‘sesuatu’ telah mengisi masa aku.
hmm…
Kadang-kadang bingung memikirkan bagaimana mahu mengekalkan momentum yang dibekal.Sampai bila nak menyalahkan suasana yang tak membantu atau aku yang belum habis keringat berusaha?
Nombor dua,ya,pasti yang nombor dua itu.
Tahun hijrah ini aku tak berazam. Lesu benar aku untuk berazam. Takut benar aku kalau-kalau tak bermotivasi untuk memulakan fasa baru Jan nanti. Aku tak ada azam!
Ini futur yang dahsyat. Paling dahsyat,aku kira.

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)