Thursday, May 27, 2010

baca ini (bahagian berwarna) pertama kali buat aku terdiam


Bismillaah...


Dan seorang remaja berkata,

Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih
dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.

Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa

dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak”

di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.

Dan bila mana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.

Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya,

bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.

Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?

Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!

Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.



Khalil Gibran



Saturday, May 22, 2010

Random: langit sabah dan inspirasi mikro






Bismillaah...


Hampir dua minggu berada di semenanjung,for good bak kata orang putihnya,aku tak habis-habis lagi membanding-bandingkan langit sabah dan langit sini,yang buminya sedang aku pijak.

Walaupun orang kata langit kat mana pun sama aja birunya,

Kenapa eh,

Aku rasa langit sabah lagi cantik?

Rindu gila…


Sedang proses mendalami ilmu mikrobiologi.

Organisma-organisma mikro ni buat aku sedar dan belajar yang,

‘even a small small thing can do a big big thing.much much bigger than its own size’

(pasar habis.ehe)

Yang penting harus kenal siapa diri sendiri.Arif potensi diri.Apa kondisi yang optimum untuk kita menjadi lebih produktif lalu kita cipta kondisi itu.

Untuk itu aku percaya kita amat perlu sikap proaktif dan kebijaksanaan memanipulasi.

Sebelum orang lain memanipulasi kita untuk kepentingan mereka,lebih baik kita dahulu manipulasi diri untuk kebaikan sendiri.

Betul kan?

Makanya,mari jadi proaktif.Mari jadi bijaksana!



ahh ini aku mau namakan inspirasi mikro.

=)

Sunday, May 16, 2010

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)