"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia (juga) menurunkan (butiran2) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan2 awan seperti) gunung2, maka ditimpakanNya (butiran2 es) itu kepada siapa yang dikehendaki dan dihindarkanNya dari siapa yang dikehendaki. Kilauan kilatnya hampir2 menghilangkan penglihatan" (24:43)
Friday, December 10, 2010
Jatuh
Monday, April 19, 2010
JL
John Lennon dan kaca matanya...
Tak sangka aku pernah layan The Beatles dulu.
Whoaa!
I wanna hold your hands..
I wanna hold your hands...
lalalalallala~
'everybody will love you when you are six foot in the ground'
-John Lennon-
Thursday, February 4, 2010
Telunjuk di bibir: edited
Perkataan yang keluar dari bibir seseorang itu datangnya dari apa yang dilihatnya,apa yang diperbuatnya dan apa yang diserapnya dari sekeliling lalu masuk ke dalam hati.
Ibarat
Teko yang diisi teh 'O panas,maka teh 'O panas jugalah yang bakal keluar apabila mau dituang ke dalam cawan.Mana mungkin teko itu mengeluarkan kopi tongkat ali ataupun horlicks ataupun milo apalagi ribena bing!
kan?
Thursday, December 31, 2009
Jangan menangis Ana
Kata Gagal:
‘Aku datang bukan dengan sia-sia.Aku juga ciptaan murni dari Tuhan!’
Kata Kejayaan:
‘Aku ada untuk orang yang selalu percaya denganNya.Jangan terlalu sempit menilai aku!’
Kata Usaha:
‘Tulis dalam diari masehi mu yang baru ana.2010 bakal menjelma!’
Balas aku (untuk usaha):
‘Aku sudah mula menulis sejak terbitnya fajar 1431H =)’
Wednesday, November 18, 2009
Yang kedua
Bismillah
Lama tak jejak.Sangat2 lama tak jejak sebab selama ni aku diam2 mengharamkan kaki ke tempat itu.Tapi kali ni aku tewas dengan ‘sajian’ dia yang terbaru.Tarikan yang diberikan sangat kuat.Menonton posternya saja memberikan satu aura.Dan aku didorong rasa ingin tahu amat bagaimana manusia itu diceritakan boleh meramal kiamat.
2012
Ahh..konon2 pujuk diri mau ambil pengajaran.Mereka yang tengok rata2 berkata filem ini mampu menginsafkan kalau ditonton dengan hati dan akal.Tak kurang juga yang kata ini propaganda orang putih mau beritahu yang teknologi mereka mampu selamatkan mereka dari apa saja.Dan yang paling penting…
‘Ms otaku,citer ni ada ‘benda2 kotor’ tak?’
Dan dia bagi jawapan negatif.Lega.
Cukuplah filem Date Movie 2006.Mampu bertahan setengah jam mungkin.Rosak jirim kelabu rosak!Sejak tu aku fobia nak tengok filem omputih.huh (silap tak perasan rating 18SX).
‘Ya Tuhan,kalau ini salah tolong bawak aku keluar dari sini dengan apa cara sekalipun.Sebab aku tau,kalau ada sekali ini akan ada sekali lagi’
Aku tengok baju aku,dan aku tengok baju mereka.Tak sama.Tak ada yang sama pun dengan baju aku.Dah mula rasa lain dan berat mahu balik tapi aku gagahkan jugak masuk ke pintu no 4 dan seat paling belakang.
Dan…
Saat skrin putih itu mula menayangkan preview2 filem yang terbaru aku sikit2 mula faham kenapa wujudnya kaki wayang.Dan aku rasa aku dapat refresh kembali ‘feel’ menonton wayang itu dua tiga tahun yang lepas.Dan agak bahaya sebenarnya bila aku dah mula selesa dengan ‘feel’ tersebut,kan?
Aku absorb dari awal cerita.Sungguh.Cuma beberapa kali aku ‘mampu’ sandar pada kerusi.Dan bila tiba scene ‘kiamat’ tu mula aku menonton sambil gigit jari.Diam,mata tak berkedip.
Kalau ini dahsyat,yang sebenar jauh lagi dahsyat.Kerana yang sebenar,kita tak boleh jangka.
Adrian cakap dia sayang ayah dia.Ayah dia menangis.Mata aku bertakung.
Kawan ayah Adrian tak sempat cakap apa2 dengan anak dia dalam telefon.Anak dia mati bila gempa besar jadi.
Mr President tak nak naik AirForce 1 dan anak perempuan dia nangis berjurai2 air mata.
Deejay’ gila’ tu terus ‘gila’ sampai hujung ‘nyawa’nya dan aku suka watak dia.Kadang2 kita kena percaya cakap orang gila.
Rupa2nya kerajaan bunuh sesiapa saja yang cuba pecah rahsia ‘kiamat sudah dekat’.
Seluruh dunia ‘bersembahyang’ dengan cara masing2.Dan Roland Emmerich ambil langkah bijak untuk tidak musnahkan Mekah atau masjid.Ada dia bagitau kenapa dalam NST.Aku malas nak quote.
Aku larut…larut…dan larut.Sampailah…
Aku perasan handset aku menyala.Ada mesej masuk.
“Alfatihah buat Muhammad syafiq zulkipli@mamak yg meninggal td…”
Innalillaah…tergamam.
“Ya Tuhan,kalau ini salah tolong bawak aku keluar dari sini dengan apa cara sekalipun…”
‘Ms Otaku,lama lagi ke citer ni?’
‘Lama’
‘Aku keluar dulu’
Skrin di handset menunjukkan waktu 16:15.Asar dah lama masuk…Astaghfirullaah…
Ini yang kedua ahli komrad kami diambil Tuhan selepas paah tahun lepas.Untuk dua tahun berturut2 ini entah apa Tuhan mahu tunjukkan.Harap jangan ada lagi tahun depan…Janganlah
Alfatihah
Tuesday, October 13, 2009
Kisah konvo satu: just not my turn yet
UMS sesak.Minggu ni minggu konvo.Waktu melalui lautan manusia berjubah hitam dengan jalur dua warna dan bertopi segi empat itu, bibir automatik menarik senyum.
Klik!Klik!Klik!
Kamera sini sana.Dan formasi dua manusia bercantum kepala,kadang2 tiga,kadang2 empat ada di mana2.Aku cuba2 tengok kalau2 ada yang mengambil gambar sambil melontar topi segi empat itu ke udara beramai2 tapi tak ada.Aku terlepas scene tersebut mungkin.Scene yang tinggal: bergambar berdua atas padang rumput dgn gaya manja,beraksi atas pentas tempat aizat dan heliza menyanyi,bergambar sambil dukung budak kecik,bergambar dekat tepi tasik dan err…bergambar sambil tarik2 daun kelapa??
huh?
Pun bolehhh…bak kata aufa.ehe
Dan bila aku kata kamera di sini sana tu maksudnya benar2 lah kamera itu di sini sana (SLR tak terkira wo~ terliur beb.huhu) Agak2nya kalau dikumpul gambar2 pada hari itu mungkin aku boleh jumpa kaki aku di gambar sini,badan aku di gambar sana dan beg sandang aku di gambar situ.Boleh bayang?Boleh?
Ya,mari kita main cantum2 gambar.Subjek:aku.huhu
Aihh manusia.
Ramai yang berbaju cantik hari itu.Lelaki smart berkemeja tak terbilang dengan jari.Fenomena luar biasa untuk hari2 di ums. ehe.Hasil shopping sebelum konvo mungkin.Perempuan apatah lagi.Dari tudung,make up,baju,kasut aku kira koleksi terbaik dari wardrobe.Heh yela sangat dari wardrobe.Ada bau kedai kot.huhu ahh apa2 jela.Asalkan korang bahagia.
Dan memang masing2 muka bahagia pun.Mak ayah happy,tok nenek happy,adik2 happy.
Dan yang paling penting tuan punya badan lagilah happy.
Dapat patung,bunga,coklat,kek coklat pun ada.Pehh~ grand eh peminat ko bang.hehe (nota:aku tak kenal dia).
=)
Tiba2 nak senyum.Mari bayangkan masa depan sekejap.Yang tak adalah berapa depan sangat.Cuma satu tahun ke depan.
Kisah konvo itu nanti bakal aku teraju utamanya.
SLR-SLR itu bakal aku modelnya.
Bunga2,coklat2,patung2 bakal aku penerimanya.Kek coklat?tak dapat rr jep.heh.mana boleh lawan ko bang.peminat aku biasa2 je.hehe (nota:merujuk kepada abang yang aku tak kenal tu).
Dan paling penting pengiktirafan itu,Ijazah itu bakal nama aku yang tercetak di atasnya…
Ameen~
Macam mereka yang sudah menangis dengan banyak,muntah dengan banyak.
Macam mereka jugaklah aku akan happy,happy dan happy.
Biarpun sekeping ijazah itu yang sebenarnya,yang tersiratnya adalah pembuka tirai dunia yang lebih kejam di luar sana…Aku tak peduli.Nak jugak!Nak jugak!
Maka tunggulah kalian kisah konvo yang kedua-bukan sequel daripada aku tahun depan =)
Doakan aku ye…^^v
Wednesday, September 16, 2009
Rapuh
Bismillaah…
Kalau nak dibayangkan masa depan, aku melihat ada tiga transisi zaman atau fasa hidup yang bakal memberikan impak yang besar dalam diri aku.
Pertamanya, ( insyaAllah akan berlaku tak lama saja lagi) peralihan dari alam belajar (pelajar sepenuh masa) ke alam pekerjaan (buruh sepenuh masa.ehe).
Keduanya, alam bujang ke alam pernikahan.
Dan yang ketiganya alam hidup ke alam kematian.
Kalau dipanjangkan umur, aku akan melalui satu demi satu fasa-fasa ini dan kalau sebaliknya, aku akan terus saja melompat ke fasa yang ketiga. Wallahua’alam. Aku mohon yang baik2 saja untuk setiap yang ditentukanNya.
Biar berbeza rasa yang bakal diberi, biarpun hanya satu fasa yang bakal abadi namun ketiga2 fasa ini memerlukan satu perkara yang sama supaya setiap pangkalnya itu bermula dengan baik dan setiap hujungnya itu berakhir dengan baik iaitu;
P.E.R.S.E.D.I.A.A.N
yang mantap tentunya.
Malangnya,amatlah jauh sekali untuk mengatakan bahawa aku yang sekarang ini mempunyai persediaan atau strategi yang ampuh untuk menghadapi ketiga2nya.Iman yang naik dan turun,lompong2 yang belum tertampal,sifat anak2 yang masih menebal membuatkan aku ragu kadang2 akan apa akhirnya aku?
Cukupkah hanya dengan doa dan angan2?
Sudah tentu TIDAK!
Makanya di sini aku isytiharkan bahawa lagu Rapuh dari suara opick sebagai lagu tema aku pada hari ini.
Sekian…
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
Thursday, July 2, 2009
Bahasa
Bismillaah…
Aku tak pernah suka pakai skirt atas lutut waktu kecik2.Atau pun dress yang lengan bajunya pendek atas siku.Sebab aku rasa lutut dan siku aku buruk.Malu nak tunjuk2 kat orang.Waktu tu aku sangat lasak rasanya.Sikit2 jatuh,luka,jatuh,luka.Siku dan lutut selalu jadi mangsa.Jadi aku malulah nak tunjuk bekas2 kudis kering kat lutut dan siku tu.Tapi aku tak pernah bagitau mama sebab tu (sampai sekarang).Macam jugak aku tak bagitau mama yang aku tak suka anak patung Barbie atau mana2 anak patung yang bentuk macam manusia-yang bila dibaringkan dia pejam mata,bila didirikan dia bukak mata sebab aku takut dia ‘hidup’ dan jugak sebabkan baunya yang aku rasa melekat pada baju aku.Atau kenapa aku menangis pagi2 bila bangun lambat bila semua orang dah siap-siap bersarapan pagi- sebab aku rasa ‘tertinggal’.Aku nangis hentak2 kaki dengan harapan semua orang dalam rumah tu faham yang aku nak semua orang duduk semula di kerusi masing2 dan sarapan bersama2 dengan aku.
Aku yang 14 15 tahun dulu macam tak ada bezanya dengan aku yang sekarang.Kadang-kadang aku taktau bahasa apa yang sesuai untuk aku guna supaya orang faham apa yang aku rasa.Macam kes waktu aku kecik2,bila aku tak mampu nak sampaikan dengan bahasa lidah maka aku akan gunakan bahasa badan-mama belikan dress atau skirt cantik2 aku cuma pakai dua tiga kali dan lepas tu perukkan dalam almari,ada satu anak patung yang mama belikan untuk aku,agak besar dengan rambut kasar warna oren,aku main2 sekejap dan kemudian pura2 patung tu hilang entah mana (aku masih ingat lagi aku ada rasa sikit bersalah dengan mama kalau aku tunjukkan muka yang aku tak suka anak patung tu jadi aku buat2 suka main dengan anak patung tersebut sampai suatu masa aku tak rasa bersalah dan puff!patung tu hilang.Ampun ma!hehe) dan yup aku nangis hentak2 kaki bila aku rasa ‘ditinggalkan’.
Tetapi semakin kita besar fikiran kita semakin complicated.Bahasa2 badan yang begitu telus ni menjadi sesuatu yang kurang praktikal pada kita sebab kita terlalu memikirkan consequences dari perbuatan kita.Sebab itu kita selalunya tercari2 bahasa yang sesuai untuk kita sampaikan perasaan kita pada orang lain yang kalau boleh create win-win situation dan selalunya bila kita gagal,kita akan diam atau mengatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang kita rasa.Maka timbullah frasa2 seperti ‘even when I say I don’t mind actually I do mind’ ataupun ‘even when I say I’m alright actually it’s hurt’.Adik2, orang dewasa selalu berpura2-ini realiti.Ada dua sebab mungkin kenapa perkara ini berlaku:1)kita merasakan perasaan kita itu remeh dan tak perlu dibesar2kan walaupun sebenarnya ia sedikit sebanyak mempengaruhi diri kita-emosi terutamanya atau 2)sebab kita terlampau yakin apa jugak bahasa yang kita gunakan untuk sampaikan rasa kita,orang takkan faham.Sebab mereka tak bercakap dengan menggunakan bahasa kita atau dalam bahasa omputihnya,’they just don’t speak our language’ (direct translation.ehe).
Sebab itu Islam mengajar kita hidup secara berjemaah.Bergerak bersama2 supaya sentiasa ada yang faham ‘bahasa’ kita.Dan memang fitrah manusia sendiri hidup saling bergantung,melakukan simbiosis sentiasa mencari teman yang memahami.Sebab tu ada istilah ‘kawan baik’,’keluarga’,’suami isteri’ dsb.Istilah yang kita gunakan untuk mereka yang biasanya faham ‘bahasa’ kita.
‘Dan di antara tanda-tanda kekuasan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri ,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yang berfikir’
(30:21)
Mungkin satu benda yang aku nampak,secara naturalnya,mereka yang saling berkasih sayang itu se’bahasa’.Sebab mereka saling mahu memahami dan difahami.Kalau gagal dengan bahasa lidah maka bahasa badan yang lebih jujur itu mereka gunakan,kadang2 tanpa sedar .Sedar atau tak,orang kata tak kira ‘topeng’ apa pun yang kamu pakai untuk sorokkan wajah sebenar kamu,orang yang sayang kamu sentiasa tahu itu kamu.
Macam mama yang faham aku dan sentiasa tahu apa yang aku sembunyikan-yang selalunya buat aku tertanya2 itu dari pengalaman atau kurniaan?hmm…
“Mommy,how do you understand exactly the way I’m feeling even when I’m not saying a word?”
“Sweetheart,those are ‘my genes’ that you are living with.Even when there’s a silence between us,'we' actually ‘speaking’”
Ladang Ilmu
Kisah mereka
-
Pilihanraya ke-148 years ago
-
-
Karnival kewangan9 years ago
-
hepi 28th years10 years ago
-
-
Undo the knot11 years ago
-
Menanti Ramadhan 143611 years ago
-
-
-
Fraser Hill Night Ride12 years ago
-
Kisah Sedih : Hargai Pengorbanan Ibu Bapa13 years ago
-
-
-
Laman Sosial Yang Ramai Lupakan13 years ago
-
#Medicine#Study13 years ago
-
Siapa 'Ismail' kita?14 years ago
-
۞ Mencari Kebahagiaan Yang Hakiki14 years ago
-
Kelebihan bekerja ikhlas14 years ago
-
saya sayang kerja saya14 years ago
-
-
-
...Have a cup of coffee...17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Selalu Singgah
-
Kenapa ada suami MANJA?1 week ago
-
-
-
-
Relationships are work8 years ago
-
tak faham9 years ago
-
najihaa:πππ9 years ago
-
Tolong Nu'man Kawan-Kawan!10 years ago
-
Seandainya anda berkomitmen10 years ago
-
Suara dalam Diri10 years ago
-
Isam & Amnani12 years ago
-
Karya Sulung BroHamzah | Monolog Dari Hati12 years ago
-
imam yang hilang.12 years ago
-
-
Cerpen: Gerimis Cinta15 years ago
-
-
-
