Friday, December 10, 2010

Jatuh

Bismillaah…
Masa,
adalah nikmat selain kesihatan  yang manusia tertipu dengannya. Ini rasulullah yang kata, bukan aku. Untuk yang hampir tiga bulan aku duduk di rumah aku mengaku aku gagal mengisi masa dengan baik. Seorang senior hebat berkata, jika kita tidak mengisi masa kita dengan sesuatu,maka sesuatu akan mengisi masa kita- lebih kurang katanya begitu. Dan rasanya ‘sesuatu’ telah mengisi masa aku.
hmm…
Kadang-kadang bingung memikirkan bagaimana mahu mengekalkan momentum yang dibekal.Sampai bila nak menyalahkan suasana yang tak membantu atau aku yang belum habis keringat berusaha?
Nombor dua,ya,pasti yang nombor dua itu.
Tahun hijrah ini aku tak berazam. Lesu benar aku untuk berazam. Takut benar aku kalau-kalau tak bermotivasi untuk memulakan fasa baru Jan nanti. Aku tak ada azam!
Ini futur yang dahsyat. Paling dahsyat,aku kira.

2 comments:

weetameal said...

Salam.

No worries. Azam, mungkin bukan hanya nak buat sesuatu yang baru. Tetapi boleh juga untuk memperbaiki kelemahan yang biasa kita buat sebelum ini. Find one, then improve it. Better than nothing.

By the way, untuk nasihat kita bersama. Setiap insan ada kelemahan. Tindakan islah diri adalah amalan yang dituntut. Namun, jangan islah itu dibiarkan tanpa tindakan. Jangan mulakan yang berat-berat dahulu, amik jalan yang mudah sehingga kita biasa dengan kebaikan kecil lalu akan membawa ke lebih besar. Thousand miles start from the first step.

Happy selalu, Ana. Take care!

wallahu'alam.

anamunawwarah said...

wsalam

jazakillah=)

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)