Friday, September 21, 2012

Aktiviti hujung minggu (14-16 sept)

Bismillaah...



Terima kasih kepada pihak penganjur untuk tag nama Muna. Manis sangat. hehe


Beramah mesra dengan penduduk setempat. Kemaskan rumah (sapu dapur, vakum ruang tamu, cuci pinggan mangkuk, sapu laman, etc etc). Dapat air sejuk dan udang lipan satu plastik.



Udang lipan kata akhwat. Ketey (ketam) kata makcik aini.


Kami sauk, kami siang, kami goreng, kami makan. Segar dari ladang :) Maaflah untuk rupa ikan talapia yang kokak. Tangan amatur yang mengerjakannya.ehehe (tersipu-sipu).


Kami kopek, kami belah, kami kukur dan hasilnya bagi hadiah kepada penduduk terpilih. Secara rawak. hehe Peluh macam hujan waktu kerjakan kelapa tua ni. Pakcik atas ni cuma  demo teknik yang betul saja.




Tak percaya? Ni buktinya,

 Tadaa!
 Kagum dengan kegigihan sendiri. Balik kampung nanti pantas cari kelapa tua, kopek sendiri, belah sendiri, kukur sendiri. Walaupun ada mesin parut kelapa nak juga alat tradisi kukur kelapa tu. Mesti 'penghulu husin' bangga tengok anak kampung yang belajar tinggi ni tapi masih mengekalkan akar tradisi bangsa. eh? ;p


Ini pokok timun. Alhamdulillah dapat rezeki pindahkan ke atas tanah dengan lafaz bismillah. Semoga ada 'bahagian' kami dari setiap yang memakannya :)



 Pernah rasa nikmat makan akok panas2 hasil air tangan sendiri? Kami sudah cuba dan jaya. Anda bila lagi?Ini pos paling 'syurga'. Sumpah.


 Mengendap teruna kampung bermain copa adalah aktiviti sampingan yang err...kurang sihat. hehe



 Aktiviti sampingan dua, main perang2 dengan budak2 kampung. Mereka menyerah kalah lepas kami balas dengan 'bom tangan'. Sebagai tanda perdamaian diterima, kami serahkan kelapa parut tadi kepada ibu mereka. Comel je. hehe



Bila masuk kampung orang, ulah dah macam budak bandar pertama kali jumpa kampung. Ke sana ke mari dengan kamera tergantung. Klik! sana klik! sini. Nampak kambing klik!, nampak lembu klik!, nampak kera klik! Ibaratnya selama ni cuma mampu menengok haiwan domestik dalam zoo je.  Pertama kali tengok luar kandang. Ibarat la. Walhal membesar di kampung juga. Segala kandang dan reban dah pernah jengah. 


Tapi kampung ini istimewa. Sebab geografinya terletak di tepi pantai. Malam gelap pekat tu, bintang2 di langit jelas sangat bersinar. Kelap kelip macam permata menghiasi langit. Subhanallah. Rasa Allah sayang sangat waktu tu. Sebabnya sudah terlampau lama mengidam menonton bintang di langit malam di tepi pantai. Rasa nak baring je atas pasir sambil mengadap ke langit puas2 walaupun malam itu berjubah hitam. Tak kira, tak kira. Tapi sentri kita yang tegap2 ibarat pahalawan melaka yang mengawal persisiran pantai tu nak campak mana pula? Aha, kurang manis di situ. Maka niat murni terpaksa dibatalkan. Jadilah, walau untuk beberapa minit. 
 

Esoknya, ganjaran orang bersabar mungkin, Allah hadiahkan pagi yang indah,


Ini pun dirakam lambat. Warna jingga pagi sudah mula berserakan. Paling cantik waktu ia cuma segaris. Nampak langit berlapis2. Aihh, bila lagi mahu disambut dengan pagi seperti ini? Rindu.


Di sana, banyak merakam langit rasanya. Sebab langit halwa mata paling enak.







 






Tiba2 blog ni rasa macam ada berputar lagu latar 'sebiru hari ini'. Sayup~ sayup~ ada dengar? huhu


Ini dirakam sebelum beberapa minit kami diserang hujan lebat dan angin yang kuat. Panik.

 








 Kampung nan indah




Aku tak berharap untuk kembali. Tak berhasrat untuk kembali pun. Kadang2 ada tempat yang Allah ciptakan untuk kita cuma bertemu sekali sahaja tetapi memorinya tersimpan lama. Dan kerana cuma sekali (dan seketika) sahaja, kita cuma berkesempatan menyimpan yang manis2. Syukur untuk itu.

Hari terakhir, aku pulang dengan hati yang penuh. Masa depan, kita jaulah ke tempat lain, ya? 

^ ^,




Tuesday, September 11, 2012

Perasan kuat

Bismillaah...


Kadang2 ada masa2nya yang Allah nak beritahu yang kita sebenarnya tak adalah kuat mana. Sekuat mana pun kita nampaknya, segagah mana pun perasaan itu cuba ditahan di dalam sana, jauh di dasar hati kita tahu, diam bagaimana sekali pun kita mahu - ada tangan yang mengusap lembut bahu kita, yang menggenggam erat tangan kita, sambil perlahan bertanya,

"Kamu ok?"


"Ok..."


Kita menjawab dengan wajah tersenyum sambil mata sudah mula berair, manakala wajah sudah bertukar kemerah-merahan. Cuma itu dan diam. Sambil terus2 tersenyum (waktu itu baru sedar, oh aku sedang 'sakit' rupanya).Ah, kalaulah Allah beri sedikit masa lagi, pasti sudah terhambur segala. Tapi syukur, perasaan ketika itu masih lagi rahsia. Pelukan, sentuhan buat masa itu sudah cukup. Kita tidak mahu tamak. Biarlah Allah beri sedikit2. Energi yang diberi akan digunakan untuk menampal lompong2 kekuatan yang mula bertompok2.


Betul, ada masa2nya aku bertanya mana lagi hendak dicari sentuhan dan suara yang menenangkan. Waktu2 jatuh, waktu2 semangat makin luruh. Ajaib sentuhan itu tak perlu kata2 untuk cerita semua masalah yang ada. Cukup dengan balik kampung, ketuk pintu, bagi salam. Wajah pertama yang tersembul di muka pintu ketika itu mampu menerbangkan segala kekusutan di kepala.


Mama.


Ajaibnya.


Dan betul aku terseksa dengan rindu yang tidak bersambut ini. Dulu sering dibalas dengan suara di hujung telefon, disambut dengan wajah penuh kasih di muka pintu. Sekarang, Allah sudah tarik semua itu. Ada masanya menyesakkan, ada masanya sepi, riuh bagaimana pun keliling aku rasa dunia aku sunyi.


Aihh.


Akhirnya, senyum walau cuma tampalan dan tetap berjalan walaupun terpaksa. Yakin bahawa Allah itu ada dan melihat walaupun kadang2 hati rasa penat. Bersabar sedikit lagi, kuat sedikit lagi. Bahawa sakit ini tidak apa2, bahawa nanti bila dibentang syurga neraka di depan mata, ujian2 ini jadi tidak bernilai, terlalu kerdil berbanding azab mahupun  nikmat yang tersedia kekal. Saat ini teringat kata2 akhwat,


"Yakinlah bahawa Allah tak mungkin beri kita ujian untuk menjatuhkan kita. Malah ujian itu sebenarnya untuk menaikkan lagi darjat kita"


Subhanallah. Serius rasa nak peluk ketat2 ummu mus'ab waktu itu.hehe


Ada masa2 penat dan teringatkan mama yang sudah diberi rehat. Rasa cemburu ada, sayu pun ada. Suatu hari nanti janji Allah pada aku pula akan tiba. Waktu rehat itu akan tiba. Kerehatan yang sempurna hendaknya.


Ameen. 




Dinner ibarat anak kambing kurang kasih sayang 







Sunday, September 2, 2012



Bismillaah...



Satu sudah dikabulkan. Alhamdulillaah.

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)