Thursday, September 13, 2018

Tentang kekalahan

Bismillaah...


Terlalu banyak emosi belakangan ini.
Can't share everything. Tak mampu.

Sebab diri sendiri pun tak faham apatah lagi orang lain.

Semoga ini cuma proses adaptasi.


***

Seorang akhwat dikhabarkan dijemput pulang hari ini. Dalam perjalanan ke medan dakwah.
Syahid.
Itu yang kami semua doakan untuknya.
Dan impikan untuk diri kami.

Tapi jujurnya aku lebih rasa 'numb'.
Dulu aku ghairah berdoa tentang syahid.
Sekarang,entah.

Lama tak disebut. Janggal sudah rasa.
Sedang kalah.
Semoga tak lama.
Moga2.



Monday, April 23, 2018

Tentang Berdua

Bismillaah...



Dear suami,
Dua ratus empat puluh lima hari semenjak cincin disarung



Saya minta maaf kalau yang awak harapkan adalah purnama tapi yang awak dapat adalah raksasa gorgon di bulan purnama (geddit?geddit?). 
Haha.



Semoga dengan berdua menjadikan kita hamba yang lebih baik lagi berbanding saat sendiri.

Terima kasih layankan setiap emosi saya dengan ketawa geli hati awak. Ye,saya tahu kadang2 rajuk saya tu atas sebab2 ridiculous. Percayalah, dalam tempoh beberapa bulan yang kita hidup sebumbung ni, bukan saja saya belajar kenal awak sebagai orang baru di sisi saya,tapi saya juga berkenalan dengan sisi2 baru diri saya. 

I guess that's how marriage works.


Perjalanan masih jauh.
Masih banyak yang perlu kita belajar.
Masih banyak lagi ujian yang perlu kita tempuh.

For that, may Allah guide us in every way.




Missing you.


Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)