Wednesday, September 16, 2009

Rapuh

Bismillaah…

Kalau nak dibayangkan masa depan, aku melihat ada tiga transisi zaman atau fasa hidup yang bakal memberikan impak yang besar dalam diri aku.

Pertamanya, ( insyaAllah akan berlaku tak lama saja lagi) peralihan dari alam belajar (pelajar sepenuh masa) ke alam pekerjaan (buruh sepenuh masa.ehe).

Keduanya, alam bujang ke alam pernikahan.

Dan yang ketiganya alam hidup ke alam kematian.

Kalau dipanjangkan umur, aku akan melalui satu demi satu fasa-fasa ini dan kalau sebaliknya, aku akan terus saja melompat ke fasa yang ketiga. Wallahua’alam. Aku mohon yang baik2 saja untuk setiap yang ditentukanNya.

Biar berbeza rasa yang bakal diberi, biarpun hanya satu fasa yang bakal abadi namun ketiga2 fasa ini memerlukan satu perkara yang sama supaya setiap pangkalnya itu bermula dengan baik dan setiap hujungnya itu berakhir dengan baik iaitu;

P.E.R.S.E.D.I.A.A.N

yang mantap tentunya.

Malangnya,amatlah jauh sekali untuk mengatakan bahawa aku yang sekarang ini mempunyai persediaan atau strategi yang ampuh untuk menghadapi ketiga2nya.Iman yang naik dan turun,lompong2 yang belum tertampal,sifat anak2 yang masih menebal membuatkan aku ragu kadang2 akan apa akhirnya aku?

Cukupkah hanya dengan doa dan angan2?

Sudah tentu TIDAK!

Makanya di sini aku isytiharkan bahawa lagu Rapuh dari suara opick sebagai lagu tema aku pada hari ini.

Sekian…

Rapuh- Opick

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

"Ya Allah jadikanlah kami ini orang-orang yang terbaik dan aset bagi seluruh alam khususnya Islam"

8 comments:

anilrah said...

ana semua transisi ni amat berat, payah jalannya. kerana org sedang melaluinya. doakan org bertahan :(

weetameal said...

salam..
apakah kita fikir kita paling payah?
apakah kita fikir kita yang paling banyak diuji?
apakah kita fikir kita paling tidak bersedia?
apakah kita fikir kita paling sikit diberikan nikmat?
apakah kita fikir cukup sahaja dengan kata2?
apakah kita fikir ilmu yang ada sudah cukup?
apakah kita fikir kita adalah orang paling berakal?
apakah kita fikir cukup ada ilmu tanpa amal?
apakah kita fikir kita adalah hamba yang bersyukur?
apakah kita fikir kita adalah hamba yang sabar?
apakah kita fikir kita sudah memahami apakah hakikat beragama?
apakah kita fikir kita sudah faham apakah hakikat doa?
apakah kita fikir kita sudah memahami apakah solat yang khusyuk?
apakah kita fikir kita sudah memahami maksud tauhid?
apakah kita fikir kita tahu hakikat takwa?
apakah kita fikir kita sudah memahami apakah itu iman?

apakah itu iman dan takwa?

wahai insan, telah ditetapkan segala ketentuan hidup ini. Jangan mengeluh kesah. Pelbagai jenis bangsa, orang, perasaan, warna kulit, dan harta kekayaan. Namun, yakinilah hanya satu je maksud hidup. Yakni mentauhidkan Allah.

Kepelbagaian ini hanyalah suatu ketetapan daripada Allah. Beginilah Dia menguji hamba2Nya supaya mereka berfikir dalam mencapai maksud iman dan takwa. Dan mereka yang beriman dan bertakwa sahaja dipermudahkan oleh Allah dalam segala hal.

Apakah kita membaca ayat seribu dinar, tetapi tidak memahami maksudnya?

Apakah cukup berkeluh kesah tanpa sedikit pun usaha untuk mencari ilmu dan bertafakur?

Apakah cukup berdoa taufik hidayah tanpa berusaha ke arah itu?

Apakah cukup taufik hidayah yang sementara tetapi tidak tahu bagaimana hendak mengekalkannya?

Demi Allah, wahai insan. Segalanya tercatat di dalam alQuran. Itulah kitab yang benar hanya bagi mereka yang beriman dan mengetahui. Mereka juga merendah diri dan sentiasa memohon rahmat Allah bagi keikhlasan hatinya.

wallahu'alam walhamdulillah.

anamunawwarah said...

k.lina~
insyaAllah akak.semoga semua dipermudahkan.
ameen.

bana~
bergegar hati aku baca.
serius.
terima kasih utk peringatan=)

Anonymous said...

rasullulah pernah bersbda kepada Muaz;

Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhanmu pada hari kiamat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah s.w.t menciptakan langit dan bumi lalu ditetapkan pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan itu samapai ke langit yang pertama. Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu kepada malaikat Hafazhah:

“Pukullah dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah(mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas.”

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak(Malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua itu;

Anonymous said...

“Berhenti kamu di sini dan pukullah dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerna ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seorang hamba penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan tersebut melintasi langit yang pertama dan kedua sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka kata malaikat penjaga langit ketiga itu :

“Berhenti kamu disini dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku. Orang ini suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti sinarnya bintang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji, dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga samapai ke pintu langit keempat :
“Berhenti kamu disini dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub pada dirinya.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga sampai ke pintu langit yang kelima seolah olah amalan itu pengantin yang dihantar(disambut) ke rumah suaminya(maksudnya amalannnya itu berseri seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima :

“Berhenti kamu disini dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad ia sangat hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasut akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasiku.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan pernama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut :

“Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demekian. Akulah malaikat rahmat.. Allah menyuruhku supaya tidak mmbiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasiku.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi(maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut:

Anonymous said...

“Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya dan bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir(zikir di sini bermakna : mencari sebutan, iaitu seorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut sebut oleh orang lain). Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amlan orang yang riak.”

Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya:

“Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaku ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu.

“Lalu para malaikat tadi berkata :

“Ke atasnya laknatMu dan juga laknat kami.” Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya

hati2...kadang kala dalam berbicara dan bercerita mungkin kita sounds like 'riak'dan menceritakan kebaikkan sendiri
Bila dah cerita panjang, berjaga-jagalah kalau-kalau ada lintasan sum'ah dan 'ujub pada diri sendiri. Kenapa mesti dicerita akan sesuatu kelebihan pada diri sendiri pada orang lain? Diasbabkan terlalu asyik dan leka menyebabkan berasa akan kehebatan diri itu. Timbul pula riya' dan bangga diri dalam tak sedar.

Sahabat, seringkali kita merasa kita sekadar bercerita, tapi ramai bloggers yang tidak sedar behawa kadang2 mereka seolah memuji diri dan mahu orang tahu apa kebaikkan yang kita buat....so that people will have 'good' expression on us...malah, orang terfikir camtu pu dah menimbulkan fitnah pada diri kita...

Anonymous said...

RAsulullah menyatakan bahwa sebaik-baik shalat adalah shalat yang dilakukan di rumah kecuali shalat wajib, karena hal ini lebih melatih dan mendorong seseorang untuk ikhlas. Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin rahimahullah dalam Syarah Riyadush Sholihin menyatakan, "di antara sebabnya adalah karena shalat (sunnah) yang dilakukan di rumah lebih jauh dari riya, karena sesungguhnya seseorang yang shalat (sunnah) di mesjid dilihat oleh manusia, dan terkadang di hatinya pun timbul riya, sedangkan orang yang shalat (sunnah) di rumahnya maka hal ini lebih dekat dengan keikhlasan." Basyr bin Al Harits berkata, "Janganlah engkau beramal agar engkau disebut-sebut, sembunyikanlah kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan keburukanmu".

Seseorang yang dia betul-betul jujur dalam keikhlasannya, ia mencintai untuk menyembunyikan kebaikannya sebagaimana ia menyembunyikan kejelekannya. Maka dari itu wahai saudaraku, marilah kita berusaha untuk membiasakan diri menyembunyikan kebaikan-kebaikan kita, karena ketahuilah, hal tersebut lebih dekat dengan keikhlasan.


Memandang rendah amal kebaikan yang kita lakukan dapat mendorong kita agar amal perbuatan kita tersebut lebih ikhlas. Di antara bencana yang dialami seorang hamba adalah ketika ia merasa ridha dengan amal kebaikan yang dilakukan, di mana hal ini dapat menyeretnya ke dalam perbuatan ujub (berbangga diri) yang menyebabkan rusaknya keikhlasan. Semakin ujub seseorang terhadap amal kebaikan yang ia lakukan, maka akan semakin kecil dan rusak keikhlasan dari amal tersebut, bahkan pahala amal kebaikan tersebut dapat hilang sia-sia. Sa'id bin Jubair berkata, "Ada orang yang masuk surga karena perbuatan maksiat dan ada orang yang masuk neraka karena amal kebaikannya". Ditanyakan kepadanya "Bagaimana hal itu bisa terjadi?". Beliau menjawab, "seseorang melakukan perbuatan maksiat, ia pun senantiasa takut terhadap adzab Allah akibat perbuatan maksiat tersebut, maka ia pun bertemu Allah dan Allah pun mengampuni dosanya karena rasa takutnya itu, sedangkan ada seseorang yang dia beramal kebaikan, ia pun senantiasa bangga terhadap amalnya tersebut, maka ia pun bertemu Allah dalam keadaan demikian, maka Allah pun memasukkannya ke dalam neraka".

Anonymous said...

Maka ketahuilah,
saat lintasan hati bahawa kita dah melakukan kebaikkan, cerita kebaikkan yang kita buat walaupun hnya di bahagian 'about me' , saat itu pulalah amal yang kita tanam
mulai terbakar habis hingga tak bersisa. Mari kita bersungguh-sungguh
untuk terus berbuat amal kebajikan sebanyak dan sesegera mungkin.
Setelah itu mari kita lupakan seakan kita tidak pernah melakukannya,
cukuplah Allah yang Maha Melihat saja yang mengetahuinya. Allah SWT
pasti menyaksikannya dengan sempurna dan membalasnya dengan balasan yang
sangat tepat baik waktu, bentuk, ataupun momentumnya…

sekadar ingatan bersama..maaf..hati2 k….harap dapat ambil secara positif

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)