Friday, October 2, 2009

kek batik dan bantal

Bismillaahirrahmaanirrahiim…


si pembuli yang garang bersuara lantang dengan bahasa alien tapi tepat sebutan 'kakak ana' nya.hehe si nazirah cyg=)

Raya~

Masa itu berputar dengan cepat aku rasa.Sangat cepat sebetulnya.Kebarung sutera aku yang lepas belum pun sempat dihantar ke dry cleaning,baru dipakai sekali,aku dah dapat dua pasang kurung ungu baru tersedia dalam almari.Raya…eh?dah datang lagi?


Mama~

Mama cakap aku satu2nya anak mama yang tiap2 tahun mama belikan baju raya dan tiap2 tahun jugak mama pilihkan baju raya.Tak ada dalam rekod aku memilih sendiri warna,corak atau jenis material baju raya aku.Tak ada.
Walaupun ia berlaku tiap2 tahun,tak pernah sekalipun mama cincai2 pilih baju raya untuk aku.Semuanya yang terbaik.Semuanya cantik2 yang harganya bukan setakat dua tiga puluh ringgit.Sedang adik beradik aku yang lain terpaksa seluk saku sendiri untuk beli baju raya baru,baju raya aku dah siap bergantung dalam almari.
Bercakap tentang beruntungnya menjadi satu2nya anak perempuan?Mungkin (ehe).Tetapi ini lebih kepada bercakap tentang betapa seorang mama sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya walaupun untuk perkara2 remeh.
Syukur =)


Baba~

Baba cakap baba mintak maaf sebab tak jaga aku dengan baik.Aku nafi itu.Baba baik amat.Mungkin masa bersama kurang tapi bukan bermaksud baba tak jaga aku dengan baik.Doa baba selalu ada.Kan?
Automatik teringat orang itu.Bagaimana raya dia ya…


Arep~

Hati kakak mana yang tak tersentuh kalau adik lelakinya salam dan kucup tangannya,peluk erat2,sambil tahan sebak mintak maaf sungguh2 untuk setiap salah yang terlanjurkan,untuk setiap beban yang disusahkan.

Berjurai-jurai air mata aku.Aihh lencun muka.Sememeh habis.hehe

Ini raya pertama yang arep suram mukanya.Yang tak ada terdengar arep tuturkan salah silap panjang berjela dalam ketawa.Ini kali pertama yang aku harap jugak kali terakhir…
Arep terkesan dengan ‘teguran’ Allah untuk dia.Baba cakap arep perlu ubah sikap.Perlu jadi lebih penyabar.Syukur Allah ‘temukan’ dia dengan orang itu.Kalau orang lain??Urusannya mungkin tak semudah itu.
Terima kasih ya Allah.


Iman dan abg din~

Iman pun salam dan peluk aku dengan suara tersekat2 mintak maaf.Terkesan dengan arep mungkin.Aku diam,sebab kalau aku bersuara air mata masuk mulut,masin,tak suka.haha
For the record,abg din datang pada aku hulur tangan mintak maaf.Hujan lebat seyh aku.Tapi abg din tak peluk,dia tepuk2 bahu je.Dia kan abang.Dia datang hulur tangan dulu pun dah kira baik amat jadi aku tak boleh demand lebih2.hehe

Aku pagi raya tak sah tak nangis.Syahdu memanjang waktu salam2 mintak maaf tu.Dosa2 yang terkumpul setahun dengan orang2 yang aku sayang tu mintak2 kosong teruslah di pagi raya tu.Tapi err pagi2 raya tu jela syahdu2.Elok je tiba waktu nak beraya rumah jiran sebelah merangkap saudara sedaging aku jugak ,mood riang2 raya itu datang.

‘Assalamualaikum!Kami datang nak meminang!’

‘Eh masuk2 memang banyak pilihan kat sini.haha’

‘Ha tula,dengar2nya rumah ni banyak pilihan’

‘Tuuu berbaris ha anak2 daranya.Ha pilih2 mana berkenan.haha’

hehe gurau senda di pagi raya.


ana,cerita raya dah basilah weh…hehe
tak sabar nak tunggu raya haji.nak kumpul ramai2 lagi=)
kek batik dan bantal dari rumah.hoho

5 comments:

KC Lee said...

ana, mintak maaf jugak for everything i did wrong to u...........

anamunawwarah said...

lee~
kite da lama 0-0 lee...
next yr wish ari raya je.takyah maaf2 ag da ok.
=)

Mahirah M said...

myra juga rindu kek batik anda :D

God, how i miss those days where we were all bertebaran dalam dorm,talking about this and that. life was much simpler then.

glad you had a beautiful raya :) *hugs*

StingRay said...

"Assalamualaikum!Kami datang nak meminang!"

hahaha...aku suka ayat tu.

anamunawwarah said...

myra~
betul3!
balik2 je bergebang.makan2.gelak2.gosip2.haha
aihh..rindu...


mr stingray~
time kasih singgah
blog anda kelakar wehh..
^^
hehe

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)