Bismillaah...
UMS sesak.Minggu ni minggu konvo.Waktu melalui lautan manusia berjubah hitam dengan jalur dua warna dan bertopi segi empat itu, bibir automatik menarik senyum.
Klik!Klik!Klik!
Kamera sini sana.Dan formasi dua manusia bercantum kepala,kadang2 tiga,kadang2 empat ada di mana2.Aku cuba2 tengok kalau2 ada yang mengambil gambar sambil melontar topi segi empat itu ke udara beramai2 tapi tak ada.Aku terlepas scene tersebut mungkin.Scene yang tinggal: bergambar berdua atas padang rumput dgn gaya manja,beraksi atas pentas tempat aizat dan heliza menyanyi,bergambar sambil dukung budak kecik,bergambar dekat tepi tasik dan err…bergambar sambil tarik2 daun kelapa??
huh?
Pun bolehhh…bak kata aufa.ehe
Dan bila aku kata kamera di sini sana tu maksudnya benar2 lah kamera itu di sini sana (SLR tak terkira wo~ terliur beb.huhu) Agak2nya kalau dikumpul gambar2 pada hari itu mungkin aku boleh jumpa kaki aku di gambar sini,badan aku di gambar sana dan beg sandang aku di gambar situ.Boleh bayang?Boleh?
Ya,mari kita main cantum2 gambar.Subjek:aku.huhu
Aihh manusia.
Ramai yang berbaju cantik hari itu.Lelaki smart berkemeja tak terbilang dengan jari.Fenomena luar biasa untuk hari2 di ums. ehe.Hasil shopping sebelum konvo mungkin.Perempuan apatah lagi.Dari tudung,make up,baju,kasut aku kira koleksi terbaik dari wardrobe.Heh yela sangat dari wardrobe.Ada bau kedai kot.huhu ahh apa2 jela.Asalkan korang bahagia.
Dan memang masing2 muka bahagia pun.Mak ayah happy,tok nenek happy,adik2 happy.
Dan yang paling penting tuan punya badan lagilah happy.
Dapat patung,bunga,coklat,kek coklat pun ada.Pehh~ grand eh peminat ko bang.hehe (nota:aku tak kenal dia).
=)
Tiba2 nak senyum.Mari bayangkan masa depan sekejap.Yang tak adalah berapa depan sangat.Cuma satu tahun ke depan.
Kisah konvo itu nanti bakal aku teraju utamanya.
SLR-SLR itu bakal aku modelnya.
Bunga2,coklat2,patung2 bakal aku penerimanya.Kek coklat?tak dapat rr jep.heh.mana boleh lawan ko bang.peminat aku biasa2 je.hehe (nota:merujuk kepada abang yang aku tak kenal tu).
Dan paling penting pengiktirafan itu,Ijazah itu bakal nama aku yang tercetak di atasnya…
Ameen~
Macam mereka yang sudah menangis dengan banyak,muntah dengan banyak.
Macam mereka jugaklah aku akan happy,happy dan happy.
Biarpun sekeping ijazah itu yang sebenarnya,yang tersiratnya adalah pembuka tirai dunia yang lebih kejam di luar sana…Aku tak peduli.Nak jugak!Nak jugak!
Maka tunggulah kalian kisah konvo yang kedua-bukan sequel daripada aku tahun depan =)
Doakan aku ye…^^v
Dua Puluh Dua Puluh Satu
3 years ago
2 comments:
salam. insyaAllah.
lihat apa yang ada hari ini, buatlah habis baik utk hari ni. serahlah kepada Allah untuk hari esok. banyakkan munajat kepada Allah, kerana apa yg kita sedang belajar di dalam kelas, banyak yg menyimpang dari mengingati Allah(bukan ilmu syariat, fekah dan fardhu ain) kecuali mereka yg telah diberi Allah kurniaan.
Wallahu'alam.
insyaALLAH ana..same2 la kter berusaha...tp,lmbt gak UMS convo erk...
Post a Comment