Bismillaah...
'Kenapa kamu sayang semesti?'
'Sebab di semesti segala emosi aku terluah dengan sangat jujur (marah,suka,sayang,benci,menyampah etc etc...haha)'
Menggelabah
'Kita sempoi je eh.Akak nak merapu je ni'
'Ok2 kita sempoi je kak'
'Kak ana ok ke mic tinggi ni?'
'Kak ana nak pegang ke nak biar mic kat stand?'
'Kak ana lahir kat mana?tarikh lahir?'
'Akak duk mana?'
'Sambung studi kat mana sekarang?'
'Eh akak lagi sekali tarikh lahir akak 5 ke 15?'
'Kak ana 2 jam ni nak kena cakap.ok ye'
Gila banyak soalan untuk aku yang masa tu dah mula peluh dingin.Tapak tangan sejuk je.Mereka fasi2 yang peramah dah mula keliling.Pelajar2 yang malang kerana terpaksa menadah telinga mendengar aku membebel dah mula mengambil tempat.duhh..
Satu cara aku untuk meneutralkan rasa gugup ni adalah dengan berkongsi perasaan gugup tersebut dengan orang lain.Terima kasih banyak2 untuk manusia2 terpilih.Kamulah,yang wish good luck,all the best,yang bagi tip genggam pen waktu berucap,yang brainstorming dengan aku,yang ajak aku rehearsal dulu sebelum berucap esoknya,yang meng'upload' gambar2 batch dan yang mungkin menyelongkar cd2 lama mencari flash presentation batch kita dahulu.Tapi ampun maaf kepada yang bersusah payah untuk aku yang kononnya nak buat sedikit slide presentation tapi akhirnya tak jadi sebab laptop aku meragam pulak tiba2.Jadi aku berucap dengan 'aku' sahaja.Apa yang ada.Aku,pengalaman aku,pengalaman aku dengan kamu,pengalaman aku dengan mereka,aku cuba2 adun menjadi suatu perkongsian ilmu.
'We are actually in the same boat.Cuma masa dan waktu yang berbeza.Destinasi kita mungkin sama'
'Aku risaula kalau diorang boring tertido lak'
'Takpe,teruskan je bercerita'
Awalnya aku macam rasa kosong dalam kepala.Tangan kiri aku memegang helaian nota2 kecil isi yang aku nak sampaikan pada mereka takut2 aku 'lost' di tengah2 jalan,adalah tanda arah poin mana yang aku harus sampaikan seterusnya.Aku senyum sembunyikan gugup tapi tangan kiri aku ni macam taknak bekerjasama.Menggigil dengan sangat ketara (adoii..).Tapi itu tak lama.Bila aku mula rasa selesa dengan mic,selesa dengan diri sendiri,perasan suara sendiri sedap,selesa dengan audiens maka rasa gugup hilang.Intonasi suara yang berubah2,senyuman yang tak lekang,mimik muka yang kadang2 berubah mengikut cerita semuanya macam terjadi sendiri.Aku usik mereka,mereka usik aku (mentang2 aku penceramah termuda.huh) semuanya secara spontan.Ya sesi 'talk' 2 jam itu agak santai dan sempoi.Pedulikan cikgu yang hadir aku redah je dan pedulikan jugak budak2 yang tidur.huhu ala ramai je yang duduk tegak fokus ke arah aku.Ada jugak yang bangun terpisat2 bila seisi dewan ketawa mendengar celoteh aku.
'Ini bukan ceramah agama ye'
Bila aku selitkan sikit2 ayat2 quran,hadis dan sirah rasul.Aku cuba relevankan perjuangan nabi dan sahabat dengan perjuangan kita sebagai seorang pelajar.Bagi aku biarpun kita berlainan zaman tapi perjuangan yang kerana Allah itu yang menghubungkan umat Islam zaman berzaman.Menghubungkan kita umat akhir zaman dengan Rasulullah walaupun dah beribu tahun baginda meninggalkan kita.Semoga ada manfaatnya isi2 yang aku sampaikan.Sesungguhnya islam itu sangat mudah,dengan satu ayat saja pun boleh menyampaikan ilmu.
'Kak ana dah lebih masa ni.patutnya sampai pukul 430 petang tadi.sekarang ni sebenarnya waktu diorang makan' amirul datang berbisik sambil menunjukkan jam di tangan.
Gaa..lebih 15 minit!lambatla jugak adik fasi ni 'alert'kan aku.
'Alamak terlebih sudah' sambil mata memandang mereka kembali.
'Takpe kak,habiskan je.Teruskan,teruskan!' mereka melaung kerana cerita aku belum habis.
Aku habiskan sisa2 cerita,nasihat sikit2 gaya orang yang makan garam dulu kononnya,mintak maaf salah silap dan mintak halal masa yang terlebih.
'Kata takut tadi speech sampai dua jam,sekali terlebih' faiq 'bermukadimah' sambil tersenyum sebelum bertanya serba sedikit tentang aktiviti untuk petang tersebut.Aku senyum je.Tekak dah perit,perut baru mula terasa pedih bahana terlalu nervous,aku cuma makan sebijik pisang goreng je waktu sarapan pagi.Bayangkan!
Adik2 itu bagi respon yang cukup baik (secara lisan):
'Terima kasih kak ana!'
'Ceramah bernas'
'Terima kasih untuk motivasi!'
'Best!'
'Inspiring!'
'Akak ni cute sangatla!'
(ok macam jugak kamu aku xboleh terima jugak tang 'sangat' tu.haha)
Untuk aku yang pencapaian cuma biasa2,tidak terlalu cemerlang apa lagi gemilang,tidak pernah mendapat anugerah lencana separuh apa lagi lencana penuh,tidak jugak yang namanya terpahat sebagai pelajar terbaik pmr spm,penolong ketua umum atau olahragawati di Dewan Besar sekolah tetapi masih boleh 'inspired' beberapa jiwa.Memikirkan ini aku terasa...entah...lega
Sebab rupanya aku hanya perlu menjadi aku=)
maka apa pula mereka2 yang benar2 cemerlang,mendapat anugerah lencana penuh,pelajar terbaik,olahragawati atau pemimpin berkaliber di zaman sekolah tentu mereka mampu berbuat lebih hebat lagi bukan?
Iya,kamulah tu=)
Dua Puluh Dua Puluh Satu
3 years ago
5 comments:
ana, bila buat program tu? dgn batch ana eh? utk all students?
kalau summer holidays akak pergi je sekolah balik, selalu nak hantar adik balik cuti sekali. tapi tak sama lah. tak sama perasaan bila dtg balik as an ex, dgn perasaan tinggal kat situ as a student kan? :)
life goes on. and good memories remain. ana ni, akak diagnose ade simptom2 'angau semesti' ni.eheh. lately post byk psl skolah :)
salaam.
tahniah.
setuju dgn apa yg Dr. Nur Hidayah cakapkan...
dr hidayah~
bkn program sekolah.saja offer extra hands utk msr (minggu suai mesra) sm sains bagan datoh.baru bukak mggu lepas.sekali dgn budak2 prs sbpi sabak bernam.kalau batch kitorang boleh menyumbang mcm tu utk sekolah apa salahnya.mungkin in the future.hehe
'angau semesti'?haha n the cure?-menulis di sini share kan rasa.huhu
lately selalu dgn budak2 ni mungkin sbb tu selalu teringat semesti.
and yes good memories remain=)
dr fitri~
salaam.
thanks senpai.
setuju tang mana?angau semesti?huhu
p/s:ha ni dua org cth penerima anugerah lencana separuh dan penuh.bakal menyumbang dengan lebih hebat lagi.ameen=)
nak ikut jejak langkah aku le tu.. =p
tau pun, da dapat mic, xnk benti ckp.
Post a Comment