"Ada boyfriend?"
Tanya uncle yg sedang duduk di hadapan aku ni.Antara kami ada sebuah meja yang penuh dengan tulisan seni karya uncle ni-tulisan rumi yg dijawikan.Berkulit gelap dengan misai yg sudah sedikit putih.Baju tradisi cina berwarna merah yg dipakai uncle ni tak mampu menipu aku bahawa dia adalah seorang yg berbangsa india.
Aku pantas menggeleng sambil tersenyum.
"Tak ada.Dia adalah" sambil menunjuk arah si cantik.Si cantik cuma senyum.
"Kamu?akan adalah"
"Ish,tak adalah"
Geleng laju2.
"Nah,tulis nama dia"
Hulur uncle itu sekeping kertas berwarna merah dan sebatang pen kepada si cantik.
"Eh,tak apalah"
"Tulis"
Uncle itu seakan memaksa.
Tapi si cantik tetap menolak.
"Apa nama kamu?"
Uncle dah siap memegang pen.Bersedia menulis nama si cantik.Si cantik nak tak nak menyebut huruf2 pada namanya satu persatu.Selesai itu uncle meminta pula nama 'abg' si cantik.Pen biru bertukar tangan.Si cantik menulis sendiri nama 'abg'nya.Kertas merah itu dihulur kembali kepada uncle.Si Uncle dengan santai mula menulis nama kedua2nya di atas kertas merah tersebut.Gaya yang bersahaja mungkin kerana seni ini sudah sebati dengan diri si uncle maka aku melihat dia menulis tanpa perlu berfikir.Tangan itu semacam dibiarkan bergerak sendiri menarikan 'pen kayu' itu di atas kertas.Selesai menulis,si uncle menunjukkan kami simbol 'ai' dalam chinese character yang ditulis dengan dakwat berwarna emas.Tanda 2 nama yang tertulis di atas kertas itu adalah pasangan yang sedang bercinta.'Ai' bererti cinta dalam bahasa mandarin dan disebut dengan menggunakan ton keempat.Tanda kesungguhan dan ketegasan diperlukan dalam menyatakan cinta mungkin.Entah..taram je.
"Nama kamu"
Si uncle meminta aku menulis nama aku pula sambil menghulur kertas merah itu.
M-U-N-A-W-W-A-R-A-H
"Fuih,letak yang panjang terus" tegur si cantik.
Y"e rr.A-N-A pendek sangat" balas aku spontan.
Si uncle mula menulis nama aku.Dengan gaya yang sama tentunya.
"Sini..." sambil menunjuk ke arah satu simbol berwarna emas di atas kertas merah itu.
"...saya tulis kebahagiaan"
Aku mengangguk senyum.
'Bahagia'
'Cinta' untuk berdua,bahagia untuk 'seorang'.hmm
Entah kenapa aku fikir bahawa uncle itu bermaksud supaya aku mendapat kebahagiaan suatu hari nanti.Kebahagiaan yang berdua ke?heh..senyum sorang2.Cukuplah...
"Uncle,ini kena bayar ke?" tanya aku.
Si uncle cuma beri isyarat tak perlu kerana semakin ramai manusia mengerumuni mejanya.
"Ow thank you uncle!" sungguh2.Senyum lebar.
"Weh,tengok.Kita jadi pelaris.Tadi tak ada siapa pun.Hee"
"Hehe..Aahla"
Perasan dan ketawa sambil berlalu dari situ.
'le' disebut dgn ton keempat=kebahagiaan
1 comment:
cerita ni best. moga2 munawwarah dpt 'kwn' yg dapat share bahagia yg ada simbol emas di atas nye..
Post a Comment