Sunday, March 15, 2009

Bila budak skema belajar tajwid=)


Bismillaah...

Aku suka tengok rancangan Mari Mengaji di tv9 dekat di hati tu.Seronok.Cara Ustaz Zamri mengajar tu kadang-kadang buat aku senyum sorang2 depan tv.MANTOP! bagi aku adalah trademark ustaz Zamri.Eh jap,ustaz Zamri ke nama dia?Macam nama cikgu mod math kesayangan aku.haha kelakar2 macam tu jugak.Aku sangat suka rancangan ni sebab utamanya adalah aku boleh refresh balik ilmu tajwid aku.Dah lama sangat aku tinggal.Dah berdebu bhai.Bacaan dengung,makhraj,harakat panjang mana, mungkin masih lagi betul tapi hukumnya aku ingat2 lupa.Jadi sebab tu la aku selalu jadi penonton setia rancangan ni bila balik cuti.Sambil2 berlawan dengan budak2 comel tu masa kuiz tajwid,sambil2 ikut gaya 'cheer' mereka.haha memang comel.SUBHANALLAH!ALHAMDULILLAH!Dan kali terakhir aku balik sebelum mula sem ni alhamdulillah aku tengok dah ada segmen tadabbur ayat.Salah satu ubat hati tu kan baca al quran dan faham maknanya.Alhamdulillah budak2 comel ni dah didedahkan dengan ubat itu.Aku masa baya2 mereka ni mana pernah terfikir nak faham ayat2 al quran ni.Bismillaah,baca baca baca,sodaqallaahul azim, sudah.Alhamdulillah mereka lebih advance.Dan budak2 kecik yang ikut menonton rancangan ni pun insyaAllah akan lebih advance.

Mungkin sebab aku cintakan ilmu tajwid lebih dari yang aku tahu,maka Allah bukakan jalan untuk aku belajar semula ilmu ni.Ditakdirkan budak2 EKSAH di sini Allah bagi ilham untuk anjurkan kelas tajwid tiap2 minggu.Woha! (meminjam dari pakcik hamka).Semangat gila aku pergi surau waktu kelas pertama tu.Nak belajar tajwid,nak belajar tajwid.Hoho!Kelas pertama pada aku sangat menarik.Kami belajar alif ba ta.Itu saja.

Kenapa menarik?Kalau setakat alif ba ta tu budak umur 3 4 tahun pun dah master.

Menarik la sebab tengok masing2 walaupun dah lebih 20 tahun mengaji masih lagi kantoi huruf ija'yah (betul ke eja ni?salah sila bagitau) tu.Ada yang ter'skip' 'ain la,fa terlupa nak sebutla dan macam2 lagi.Belum lagi kira sebutan.Makhraj setiap huruf2 tu.Ini untuk kita refleks kembali diri kita tentang asas al quran.Huruf2 itu sangat memainkan peranan dalam al quran.Pernah tak kamu jumpa ada satu hadis nabi bagitau setiap orang yang baca alquran dalam keadaan berwudhuk dapat pahala bagi setiap huruf yang dibacanya (cuma aku tak ingat berapa pahalanya.Banyak sangat dosa.Lupa sudah.Kalau kamu baik hati tinggalkan hadis tu di comment ye ^^ ).Tapi fahamlah,yang tertinggal2 huruf tu pasal dah lama tak sebut satu2 alif ba ta tu.Bukan tak kenal huruf kan?Kita memang dah lama tinggal alif ba ta ni sejak dah terer mengaji.Betul tak?huhu.Aku sendiri pun berdebar masa tiba giliran aku nak sebut satu2 huruf ni.Tapi alhamdulillah pas!huhu siap kena puji dengan ustazah tu lagi-'cantik sebutan dia'.^^ Tapi kalau makhraj huruf tu yang tak betul?Maka ambillah inisiatif untuk perbetulkan.Lembutkan lah lidah masing2 untuk belajar sebut huruf2 itu dengan betul.Macam jugak saudara2 muallaf kita yang bersungguh2 nak sebut 'ALLAH' dengan betul.Mereka boleh je.Takkan kita yang dah lebih 20 thn mengaji ni tak mampu kan.

Aku sangat terkesan dengan kelas tajwid yang pertama tu.Sebabnya kelas tajwid tu betul2 buat aku teringat arwah ustaz aku.Seorang yang garang,dengan misai melentingnya,tegap dan bersuara lantang.Ini ustaz tajwid aku.Biar pun macam tu,aku sangat suka bila masuk kelas tajwid beliau.Semangat je aku bila tiba waktu kelas tajwid.Sebab...hehe aku dewa tajwid waktu tu.Biasanya akulah satu2nya makhluk kelas tu yang tak kena berdiri bila kena soal.Atau yang pertama duduk dulu bila disoal.Cuma yang aku ingat aku sekali kantoi bila kelas tu campur dengan kelas senior.Kalah dengan abang aku pulak tu.Well,dia kan abang.hehe tak nak kalah.Aku selalunya jadi wakil sekolah untuk pertandingan tahfiz perempuan (yela takkan lelaki pulak kan) jadi makhraj setiap huruf tu aku kena master betul2,supaya dapat markah fasohah (eh betul ke?) tinggi.Dan 'arwah' ustaz ni la yang banyak ajar aku (tiba-tiba rasa sebak bila sebut 'arwah').Sebutan ra tebal ra nipis.Sebutan huruf hamas huruf tafasyi macam mana.Huruf2 yang berangin,hukum tajwid yang kena baca ikut hidung,hukum tajwid yang kena dibaca lembut,dengung,sebutan dhod,makhraj ghin mati dalam al fatihah dan macam2 lagi.Dan aku yang terang hati waktu tu sekali ajar je alhamdulillah terus melekat.Ustaz tu ada kasaf kot.Apa yang dia ajar terus melekat dalam kepala.Atau aku waktu tu yang suci murni maka dengan mudah ilmu itu sampai tanpa hijab.Cuma aku kantoi huruf sin yang mana bila aku baca mana2 surah huruf ini aku baca seakan2 huruf sa.Ba aku pelat 's' ba.Jadi payah sikit.Tapi alhamdulillah masa darjah 6 Allah hantarkan aku ustaz jamat.Dia yang betulkan makhraj sin aku.Tapi lepas tu dia mengadu dengan mama dia ajar aku sampai sakit gigi dia.Padahal waktu tu dia memang sakit gigi ok?Ampunla ustaz...sungguh2 ustaz ajar saya dalam sakit2 tu=).

Zaman junior aku di semesti.Awal2 aku didedahkan dengan budaya bagi salam pada senior.Itu perkara pertama dan utama.Sampaikan ada satu malam tu kami kena panggil masuk bilik pengawas ramai2 sebab tak bagi salam pada senior.Kena lecture sambil berdiri berapa lama entah sebelum diselamatkan warden.Itu minggu pertama kami jadi tak biasa sangatla budaya2 bagi salam ni.Agak kekok sikit.Kalau dengan cikgu tu lain la.
Kisahnya salam aku berbunyi...

"assalamu'alaikum kak"

Aku yang begitu skema dalam sebutan makhraj huruf ni setelah 6 tahun ditekankan sebutannya maka terhasillah sebutan 'ain' yang lain daripada yang lain dalam ucapan salam tu.Orang lain lek je sebut 'assalamualaikum kak'.Aku sorang je yang beria2 sebut ' 'a ' waktu bagi salam.Err..kamu boleh bayangkan tak ni?Faham tak apa yang aku sampaikan ni-beza 'a dan a dalam ucapan salam tu?Hehe..tak kisahlah kamu faham ke tak.Tapi yang pastinya aku tak perasan pun itu sesuatu yang bukan biasa sampailah suatu hari aku terdengar dari senior 'ala,ana muhawarah yang assalamu'alaikum tu' sambil ajuk bunyi salam aku.Ba..boleh pulak jadi trademark aku waktu tu.Haha tak tahan betul.Famous sekejap.Huhu tula dia,bila budak skema belajar tajwid.haha adoii..dah la kena cop muka skema,muka baik.huhu muka yang kalau buat jahat pun orang tak percaya-kata kawan aku.Memang pantasss!

Sebenarnya beruntunglah kita yang boleh mengaji quran dengan baik.Dari segi tajwidnya,sebutannya dan kalau yang lebih hebat tu siap master ilmu tarannum.Bersyukurlah sebab tak semua orang boleh mengaji sebaik kita.Insaf betul bila jumpa mana2 saudara kat sini yang mengajinya masih merangkak2 lagi.Tapi alhamdulillah semangat nak mengaji tu ada.Kata rasulullah orang yang tak pandai mengaji tapi bersungguh2 mengaji pahalanya berganda daripada orang yang pandai mengaji.InsyaAllah.Jangan jadikan alasan untuk kita tinggalkan alquran hanya kerana kita tak pandai mengaji.Rugi bhai...serius.Teruskan mengaji ok?Jangan jemu.Khatamlah beratus kali pun insyaAllah quran tu akan jadi teman kita dalam kubur nanti.

Wallaahu'alam..

3 comments:

iffah said...

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sukakah kamu bila kamu pulang ke rumahmu lantas kamu mendapati tiga ekor unta yang sedang bunting dan gemuk-gemuk? Jawab kami:”Tentu ya Rasulullah!” Sabda baginda:”Membaca tiga ayat dalam solat lebih bagus nilainya daripada ketiga unta bunting itu.”

(Muslim)

iffah said...

Diriwayatkan oleh At-Turmudzi dari Abdullah bin Mas’ud berkata ra. Rasulullah saw bersabda : “Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu ganjaran, dan satu ganjaran akan dilipat gandakan sepuluh kali, Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, namun Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf…”.

anamunawwarah said...

salam~
syukran

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)