Saturday, January 31, 2009

Tiba-tiba nak cerita pasal k.long...


Bismillaah…


‘Ana!Smlm k.long mimpi ana ngan kwn2 kte.rndunye chat?lately nh rndu kt ana sgt,xtaw nape.tharu x.heheh doakn k’


Terharu2!hehe dari jauh k.long msg aku ahad lepas.K.long,orangnya dengan ketinggian sederhana,berwajah bulat putih bersih.Comel,cantik,menarik kau memang da bom semua ada pada dia.Sekali pandang boleh jatuh cinta woo!huhu Dilahirkan dengan otak yang bergeliga dan akhlak yang memang two thumbs up!Memang pakej yang lengkaplah.Alhamdulillah ramai kawan-kawan perempuan aku yang macam tu.Mereka sangat outstanding.Tidak bergantung pada rupa semata tetapi that beauty comes with brain.Aku dengan k.long memang satu kelas dari form 1 sampai form 5.Tapi kami tidak pernah ber’jambu’ (istilah di semesti bermaksud berkawan rapat).Jambu k.long lain,jambu aku lain.Hehe..Jambu aku nanti lain kali aku cerita.


Alkisah aku mula rapat dengan k.long bila kami sama-sama masuk matrik negeri Sembilan.Aku ingat lagi k.long meluah rasa kecewa kerana dia gagal mendapat tawaran biasiswa MARA untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan medic.Tapi k.long cepat sedar balik dan mula bersangka baik dengan Allah- ada hikmah di sebalik yang tersurat.Kebetulan kami satu blok jadi aku selalu lah bertandang ke bilik k.long mintak dia ajar subjek2 yang aku tak faham.Kimia terutamanya.Hasil tunjuk ajar k.long jawapan kimia aku selalu lecturer suruh tulis di whiteboard jalan kerjanya.Semacam skema jawapan la pulak kan.Jadi dalam k.long kecewa dengan kegagalan dia mendapat tawaran MARA, aku diam-diam sangat hepi k.long dekat dengan aku sebab aku ada tempat merujuk untuk masalah studi.Tapi semua tu tak lama.K.long dapat jugak tawaran MARA ke Mesir dalam bidang perubatan.Aku ingat lagi hari k.long mahu angkat kaki dari kmns berat gila rasa hati nak masuk kelas hari tu.Rasa mcm nak duduk dengan k.long je sampai dia pergi.Tapi takut nanti nangis pulak.Jadi kami berpisah di kafe je.Aku pun tak tunjuk sangat sedih aku kot.Penatnya nak tahan nangis.Dalam kelas rasa tak semangat je.Lepas k.long pergi lee ‘pass’kan pada aku seutas gelang manic-manik Kristal.Dari k.long katanya.Adoiyaii sebak seh waktu tu.Balik tu terus nangis dalam shower.Perkara yang sama aku buat bila homesick di semesti (huh?homesick?=P).


Gelang tu aku pakai tak pernah tanggal2 sampailah tahun lepas gelang tu tiba-tiba putus.Sedihnya…terus mengadu pada k.long mintak gelang baru.Haha tak adalah.Mintak ukhwah kami tak putus macam gelang tu.Dan ikatan itu memang tidak pernah dan tidak akan putus.Buktinya,sms di atas.Selain dari gelang tu,k.long ada hadiahkan aku selendang warna oren dari Mesir.Warna oren warna kegemaran aku.K.long tau tu.Tapi selendang tu sampai sekarang terlipat elok dalam almari tak pakai-pakai.Sebabnya aku tak pandai pakai selendang lilit2 tu.huhu tak ada ilmu macam k.long.Tengok dia pakai cantiknya…Ahh k.long memang makin cantik sekarang.Mesti ramai pak2 arab jatuh chenta sama dia.hehe..

Hmm dah janji dengan k.long nak pakai selendang tu bila kami ada kesempatan bertemu semula tapi..


Err..kamu boleh ajar aku?


p/s: Bila dikenang-kenang balik rupa-rupanya k.long lagi banyak memberi dan aku sekadar menerima je.Hadiah,kad hari jadi etc.Aku macam tak pernah bagi apa-apa pada dia.isk~ teruknya…=(.K.long,orang akan selalu doakan yang terbaik untuk k.long.

6 comments:

Anonymous said...

"Balik tu terus nangis dalam shower.Perkara yang sama aku buat bila homesick di semesti"

ehe..ana nanges dlm shower..hehe..emm,aq cm pernh gak tyme form 1 dlu..ehe

anilrah said...

org tahu sape kak long kamu ni ana. ade iras.

anamunawwarah said...

ammar~
nama ko satu 'm' ke double ek?huhu
ececeh nk ngaku gak ngs dlm shower.xsangka aku..ngatkan dak laki xlyn ngs2 homesick ni.huhu

k.lina~
siapakah?huhu ada iras?ngan org ke?ehh??

Anonymous said...

ana.cm knal je crite nih :) :) :)

anamunawwarah said...

Salam...
k.long!
hehe..eii ne mesti abal bgtau ne..sj2 rendu.huhu

Anonymous said...

abal?ahaha.die informer terbaek :p rendu ana :) :) :) stdy lelok ye.ade rzki kte jmp kt msia!

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)