Sunday, January 18, 2009

Nyata vs sembunyi

Bismillaah...


Marilah mari kita fikirkan
Apa kan terjadi dunia akan datang
Siapa penegak siapa penghalang
Wawasan Islam perlu dipertahankan


Hmm..maka seperti yang kita sedia maklum isu Palestin sudah menjadi isu sejagat.Mana-mana di pelusuk dunia mereka mengutuk kekejaman Israel.Kanak-kanak yang disembelih,ibu-ibu yang dirogol dan bapa-bapa yang dipijak2 seperti binatang.Maka semua mula berkempen,mula berdemonstrasi.Semua mula mengeluarkan apa yang ada,apa yang mampu.Berdoa,memboikot,berceramah,berkempen.Semuanya,mengikut kemampuan hati masing-masing.Aku sendiri berdoa.Aku sendiri menangis mengenangkan nasib Palestin,nasib Gaza.

Suatu hari aku menghadiri suatu majlis ilmu.Diadakan sempena isu Palestin yang hebat melanda waktu ini.Solat Maghrib,Isya’ dan hajat secara berjemaah.Apa yang menarik yang ingin aku kongsikan di sini adalah suatu isu yang dibangkitkan dalam pengisian majlis tersebut yang berjaya menampar aku dengan kuat sekali dan aku harap selesai aku menceritakan kepada kamu,kamu akan rasa tertampar juga.Biar adil, betul tak?

Kisahnya,si penyampai mengajak kami membandingkan diri kita di Malaysia dengan diri saudara-saudara kita di Palestin.Perbandingan dilakukan dengan dua jenis kemusnahan,kemusnahan yang nyata dan kemusnahan yang tersembunyi.

Kalau aku tanyakan kepada kamu kita berada pada kemusnahan yang mana kamu pasti dengan bijak akan menjawab kemusnahan yang tersembunyi kan?Mengapa Palestin kemusnahan yang nyata dan kita kemusnahan yang tersembunyi?Kerana kemusnahan Palestin dapat dilihat.Nyata,terang dan jelas.Bangunan-bangunan yang hancur,bandar yang musnah,mayat yang bersepah.Oleh kerana ianya nyata maka rakyat Palestin berjuang habis-habisan.Kerana mereka dengan jelas nampak agama mereka diinjak-injak mereka berjuang tanpa mengira titis darah yang tumpah,saudara-saudara yang syahid.Dan kita sendiri,yang nyata-nyata melihat kemusnahan itu turut merasa sakit,menangis dan berdoa supaya Allah selamatkan Palestin kerana kasihan,kerana sayang akan mereka.

Tetapi bagaimana kita?Yang hidupnya mewah dengan teknologi,dengan harta dan kesenangan sebenarnya musnah sedikit demi sedikit dari dalam.Kita yang terlalu bahagia,ketawa setiap hari,lalai dengan hiburan,bola,mabuk kepayang dengan cinta adakah semangat jihad dalam diri kita?Kita yang makin jauh dengan Allah,lupa dengan sunnah Rasul akankah dikira syahid jika saat ini kita tiba-tiba diledak dengan bom-bom musuh Islam?Cukuplah kita imbas bagaimana kita menyambut tahun baru tahun ini.Semua yang dipaparkan di berita-berita adalah konsert konsert konsert.Cuba kalau waktu itu kita yang diserang musuh islam bukan Palestin.Apa yang tinggal?Semua anak-anak muda kita di situ.Berapa kerat yang bakal tinggal memerang musuh yang menyerang?Itu pun belum tolak mereka yang pengecut,menyorok sambil terkencing-kencing dalam seluar.Memikirkan ini aku berpendapat kita umat Islam yang hidup aman damai di Malaysia sebenarnya jauh lebih kasihan dari rakyat Palestin.Kerana kita sebenarnya sedang musnah tanpa kita sendiri sedari dan siapa yang mendoakan kita selamat dari kemusnahan waktu ini?Kebahagiaan,kesenangan yang tidak disyukuri ini ibarat ulat yang memakan dari dalam.Tahu-tahu kita sudah hancur dan segalanya sudah terlambat.

Kita terlalu yakin keamanan kita ini hakiki.Kita bakal selamanya terselamat.Kita silap kalau kita berfikiran begitu.Percaturan Tuhan kita tidak tahu.Memang Tuhan itu Maha Lembut,Maha Penyayang tetapi Tuhan juga ada sifat marah, murka dan tidak berbelas kasihan jika menghukum kerana itu wujudnya neraka.Maka jangan kita melampau dan mencabar Tuhan,nanti binasa.Untuk masa yang ada,demi ilham yang datang marilah kita mencari cinta Tuhan supaya nanti bila tiba waktu kita tidak ragu-ragu untuk berjihad.

Siapa penegak?Siapa penghalang?Fikirkan sendiri.

Satu peringatan dari penyampai bahawa kiamat itu tidak akan datang selagi Islam belum menang.Mungkin kemenangan itu on the way waktu ini,maka bersedialah untuk kiamat.

p/s:Tertamparkah?Tidak?Hmm..mungkin salah aku..=(

2 comments:

Anonymous said...

yg rangkap kt atas tu lagu nasyid kn?
bole x bgtau nama tajuk n penyanyinya?
sy sgt suka lagu tu time zmn skola rendah dlu.
trime kasih!!

anamunawwarah said...

Salaam anon~
maaf sgt2.sy cuma ingat rangkap tu saja.tajuk dan siapa yang nyanyi sy tak tahu.sy suka jugak lagu tu.selalu tengok kat tv tiap2 hari jumaat.yang nyanyi mcm budak2 sekolah baya2 sy je time tu.hehe maaf ye

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)