Wednesday, July 16, 2008

Berjalan dalam hujan

Berjalan dalam hujan..


Tiba-tiba terpanggil utk tulis pengalaman dgn hujan..
mungkin sbb di'trigger' oleh blog seorang sahabat yg kini jauh terpisah bribu kilometer krn jihad terhadap ilmu..blognya byk ditulis pengalamannya dgn hujan..sweetnya baca kisahnya dgn hujan..bagaimana hujan itu mendamaikannya..:)


ame ga suki dai -hagu chan,honey and clover-


hujan..


hari itu mendung..sejuk..instead of staying kat dlm bilik and berkelubung dlm selimut ak 'bertekad cemerlang' pergi ke library..merujuk apa yg patut,selesaikan yg tertangguh..hari itu cuti..makanya bas susah betul la nk dpt..walaupun ada tp semacam mustahil..tggu bas utk pergi ke library x makan masa sgt sebab bas pergi ke kk sentiasa ada..jdnya tumpang jela bas tu mtk anta g library..tp bila nk balik satu masalah sebab bas jarang2 lalu library..hari itu cuti..tahun baru cina..makanya xramai student yg pergi ke library..kebanyakannya balik, outing or memerap di bilik..kebanyakannya malas nak keluar sbb tau buang masa tggu bas..tapi aku kan 'bertekad cemerlang'..dah bgtaw kan td?huhu..jdnya pemandu2 bas ke kk dah faham senario ni..xadalah diorang nak buang minyak lalu depan library..amek student dr kg terus bawa g kk..amek student dr kk terus bwk balik kg..jarang2 jumpa bas lalu depan library..sgt2 jarang..


Hari itu hujan..


Mata da xmampu mengadap laptop..baliklah..nak isi perut gak..perut dah mula menghantar signal minta diisi dgn mendedikasikn lagu 'keroncong untuk ana' buat aku..kadang2 malu gak dgn perangai perut ni..lagu yg dihantar xbole dikawal volumenya..hingga smpi ke telinga org2 yg terdekat masa itu..MALU!!tp nak buat mcm mana..just buat tak tahu..huhu..


Hujan renyai-renyai..lembut alunannya


Aku kemas2 barang..bergerak ke bas stop..sampai kat situ satu manusia pun x ada..ermm..terpikir kebanyakan yg dtg ke library pun dtg ngan transport sendiri..sendirian..di bus stop..hujan yg turun begitu lembut menyimbahi bumi..nikmatnya view waktu itu..ALLAH saja yg tau..tiba-tiba terasa bodoh..tiba-tiba terasa buang masa menunggu sst yg x pasti (ececeh!)..huh,jalanlah!


Payung pink polka dot dibuka..maka berjalan lah sang kaki menuju ke destinasi..


Hari itu hujan..


dan aku berjalan sorg2..di bawah payung pink polka dot ni xjumpa satu manusia pun berjalan bersama dgn aku..in fact, xjumpa satu manusia pun!serasa mcm mrk semua meninggalkan aku ke tpt lain di bumi ums ni..tp aku bersyukur tiba-tiba..'rasanya lebih nikmat macam ni'..menikmati keindahan ums dalam keadaan bsh seorg diri tanpa berkongsi dgn org lain entah kenapa menimbulkan ketenangan..sebab..aku lbh suka diam bila menikmati sesuatu..maka aku lbh suka sendiri bila menikmati sesuatu..aha!tp utk certain occasionla..
Di bwh payung pink polka dot yg setia..melihatkan tiada manusia..melihatkan indahnya keadaan yg lembap waktu itu membuatkan ak teringatkn sesuatu..atau lbh tepat seseorang..satu2nya manusia yg aku kenal waktu itu yg sgt cintakan hujan..katanya hujan berikan dia ketenangan..rasa tenang itu dtg dgn melihat hujan..Hebat kan ciptaan ALLAH?..dan ingatan itu membawa kpd satu perasaan..'rindu'..iya, aku rindu..mungkin waktu itu aku faham perasaannya melihat hujan..merasa kehadiran hujan..Tenang..mendamaikan..walaupun aku tdk berbaju sejuk dan ber'snow cap' sepertinya..seperti yg lazimnya dia 'melalui' hujan..pelik bagaimana hujan ini mampu bermain dgn perasaan..kuasa ALLAH yang menjadikan hujan..Subhanallah..
Jari-jari ini menyentuh titis-titis hujan yg turun..seakan menyapa mengucapkan selamat datang ke bumi ums..kami bertuah menerima kunjungan anda..ya,bertuah..terima kasih kerana sudi mendarat di sini..sgt2 terima kasih..


dan..macam ada satu wayang bermain di kepala..hujan mengingatkan aku dgn kenangan2 lalu..telinga bagai terdengar-dengar 'ayat-ayat cinta'..haha!..kenangan la tu..semuanya tinggal kenangan..


Pernah berlari dalam hujan..berbaju kurung cantik warna pink..berlari laju meredah hujan..bulan puasa 2005..laju berlari..dgn siapa ya waktu itu..dengan..aih!kenangan..


Pernah menikmati suasana hujan dengan prince charming-prince charming di rumah..atas katil bilik embah sambil pandang luar tingkap..melihat hujan terbias dek lampu jalan..cantik..sungguh!..dan kami bercerita dan terus bercerita..ketawa dan terus ketawa..sampai dimarah sebab macam membuang masa..tapi kan lg bagus begitu..sbb dulu waktu kecik2 selalu bergaduh..tp bila hujan kami boleh bersama..bercerita..:)


..dan hujan adalah ubat tidur utk aku waktu kecil..aku ni penakut sgt2 bila tiba waktu tidur..takut dgn momok2 yg xpernah melintas pun depan mata (maksudnya xpnah nmpk pun)..tkt hantu2 tu dtg waktu semua org 'mati' dalam rumah ni dan hanya aku sorg saja yg terjaga..tp bl hujan..entah dari mana aku dapat idea yang hantu2 tu xdapat dtg ke rumah sbb hujan..hujan membataskan pergerakan mereka..mcm org yg xbole bgerak ke mana2 bila hujan..hanya menunggu hujan berhenti..lg lebat hujan lg lena tidur aku..haha!


..dan hujan jugak mengingatkan aku pd court basketball semesti..xtaw kenapa..rindu nak main basketball dlm hujan lg..huhu


..dan hujan itu..mendamaikan..Terima kasih ALLAH kerana mencipta hujan..di luar sana aku tahu pasti ramai lg yg menikmati dan mensyukuri hujan selagi mana ia tdk mendatangkan bencana..dan kalau ia mendatangkan bencana?teruskan bersyukur kerana jika ALLAH lg dan lg sayangkan kita maka DIA akan beri kesusahan..ALLAHUAKBAR..


Cantiknya UMS..
Berjalan dalam hujan..


*entri kali ni aku copy and paste dari blog aku dalam friendster.dari sini la aku dpt nama 'berjalan dalam hujan' untuk heading blog ni.erm..yup,yang ini most favourite.

...dan di luar,ums sedang hujan..tapi x selebat hujan dalam hati ni..

~cukuplah bagiku ALLAH..

No comments:

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)