Monday, July 14, 2008

Bahyut..

Alhamdulillah 9 Julai yang lepas aku selamat sampai ke Sabah.Mama,abg Din dan bahyut yang menghantar aku ke airport.Ha,bahyut?Siapa tu?huhu..Jangan tak percaya bahyut adalah singkatan daripada embah buyut (err..agaknya la) dalam bahasa jawa.Dalam bahasa standardnya moyang.Bahyut aku memang sihat lagi.Aku tak pasti umurnya berapa.Tapi dalam wajahnya yang berkedut seribu tu dia masih lagi larat menunggang basikal ke sana ke mari.Masih lagi larat menumbuk kacang 'membikin' sambal pecal yang ummph..huhu.Masih lagi larat mengurut orang dengan kudrat tangannya.Bahyut kurus orangnya.Kalau diteliti tangannya boleh dilihat jelas urat 'hijau' berselirat ke sana ke mari.Matanya sedikit sepet dan baris giginya yang lurus jelas terlihat bila dia tersenyum (err..gigi palsu kalau tak silap.hehe..).Bahyut rajin.Dia tak betah duduk diam.Ada aje benda yang dia nak buat.Kalau dia datang bermalam di rumah, kain yang bertimbun satu bakul tak berlipat habis 'dikerjakannya'.Ruang dalam rumah tu yang mana pada matanya bersepah habis dikemaskannya.Yup,dia seorang yang kemas dan bersih.Yang best bila dia bawak ayam goreng nye yang ada ummph tu.Ayam kampung tu.Payah nak dapat.Bak kata Arep,ni ayam eksiden depan rumah ke bahyut?huhu mulut xde insurans.
Sehari sebelum aku bertolak ke Sabah aku bermalam di KL dulu,rumah Pak Akin la jadi istana hinggap aku.Macam biasa..Sebelum sampai rumah Pak Akin,mama ajak singgah Midvalley jap.Nak beli 'luggage' baru.huhu Almaklumlah barang-barang aku terlebih muatan.Luggage yang sedia ada tak mampu nak menampung baju aku yang bergulung-gulung tu.huhu..
Waktu Abg Din belok masuk ke tempat parking bahyut mula rasa pelik.

'loh,kok eneng jalan koyo iki.peteng'
-'la,kok ada jalan macam ni.gelap'

mama jawab
'iki arek melebu tuku barang e ana dilut'
-'ini nak masuk beli barang ana sekejap'

'ooh..'

Dapat tempat parking aku,abg din,mama dengan bahyut pun jalan la masuk ke Midvalley.Aku perasan berpasang-pasang mata yang memandang bahyut.Sebabnya bahyut cuma berkain batik,berbaju kurung,berselendang putih dan berselipar getah je.Tak macam kebanyakan mereka yang fesyennya lebih up-to-date.Konon.Cantik di mata manusia,jelek di mata Allah.hmm..Atau mungkin jugak pada mata diorang berbanding dengan orang-orang lain di sekeliling diorang bahyut nampak paling tua.Sebab tu bahyut di 'usha' macam tu.Mungkin..
Masa nak naik 'escalator' tu bahyut agak kalut sikit sebab tu la 1st time bahyut guna escalator.Lepas ni boleh bagitau orang-orang kampung sg pergam ye bahyut.hehe..
Mama pegang bahyut bila tiba depan escalator.Bahyut angkat kaki lebih tinggi dari kebiasaan orang-orang yang biasa menggunakan escalator dan jugak lebih awal dari orang-orang yang biasa menggunakan escalator.Mungkin bahyut teragak-agak tangga yang mana satu yang aku nak pijak neh?huhu bahyut2 comel je aku tengok.Bahyut bergerak agak lambat.Almaklum bahyut dah berusia.Tak larat nak bersaing dengan kami bertiga.Tapi aku sebagai cicit yang baik (huhu..) jalan dengan bahyut.Pimpin tangan dia.Tapi kadang-kadang bahyut lepaskan tangan dia tunjuk sini sana.Sepanjang berjalan dengan bahyut tu aku asyik dengar bahyut beristighfar je.Bila bahyut tengok Midvalley ramai orang,bersimpang-siur..astaghfirullah.Bila bahyut tengok lelaki perempuan jalan berdua bermesra-mesra..astaghfirullah.Bila bahyut tengok yang perempuan-perempuan begitu durjana mendedahkan sini sana..astaghfirullah.Sambil mengeluh sikit.Maafkan ana ye bahyut.Sebab ana bahyut ke tempat macam ni.Soalan bahyut:

'depa ki orak adem ke.kito seng kelambinan pun adem'
-'diorang ni tak sejuk ke.kita yang 'pakai baju' pun sejuk'

..Entahla bahyut..fesyen.

Hari tu aku dapat 2 benda baru sekaligus-beg baju Pierre Cardin dan sweater TIANDISHAONIAN.Alhamdulillah.Memang dah lama aku nak beli sweater ni.Tapi disebabkan aku sangat cerewet dengan jenama dan harga maka niat aku tu selalu tertangguh.Terima kasih kepada Petrofac yang menaja voucher pembelian di Metrojaya.Ahaks!

Esoknya,tepat pukul 1215 aku,abg din,mama dan bahyut bergerak ke airport.Aku berat hati sebenarnya nak balik Sabah dengan macam2 masalah bersarang dalam kepala ni.Tapi terpaksa jugak kuatkan hati sebab kuliah mula minggu ni jugak.Lagipun takkan nak burn tikat pulak.
Aku ingat lagi bahyut pegang tangan aku kuat-kuat sebelum aku check-in.Bahyut kata'jangan pergi jauh-jauh la na lepas ni'.Aku senyum je.Diam tak menjawab sebab yang tu aku tak mampu nak janji.Aku punya rancangan sendiri.Agaknya bahyut risau bila tengok ramai orang kat airport dan aku pulak akan mula travel sorang-sorang.Tapi yang sebenarnya aku sendiri pun tak gemar dengan suasana airport waktu tu.Merimaskan.
Sebelum aku masuk ke balai pelepasan tu aku salam mama dengan bahyut.

'eii perempuan sak iki wani-wani temen.kalau bahyut tak adalah.takut!'

Terpaksa bahyut.Nak hidup selesa waktu sekarang ni kena jadi berani.Perempuan sekarang dah sampai angkasa lepas,dah tawan kutub utara kutub selatan (ewah,cam tajuk drama lak.hehe) dah.Dah jadi Perdana Menteri.Menjadi seorang 'aku' ni apalah sangat.

Tepat pukul 5 petang aku selamat mendarat di KK.Safe and sound.Alhamdulillah.

2 comments:

Fitri Ezwan said...

salaam...

wong wedok sak iki... =)

oh cik ana, iso ngomong jowo rupanya..

anamunawwarah said...

salaam..
iso2..sitik2

sy dibesarkan oleh wong jowo tuan doktor..huhu

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)