Showing posts with label bisik2.... Show all posts
Showing posts with label bisik2.... Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Tangan


Bismillaah...




Tangan2 manusia itu sentiasa ada kuasa untuk memberi. Dan jiwa sekecil2 semut (dan sebagainya) itu sentiasa ada hak untuk menerima. Maka aku kira yang paling tepat adalah tangan ini bukan sekadar kuasa,tetapi...

Amanah.

Betul?


Ringkasnya, hiduplah untuk memberi. Kebahagiaan ada di situ. InsyaAllah=)








"Barangsiapa mengerjakan kebajikan, maka itu untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kepada Tuhanmu kamu dikembalikan"

(45:15)

Saturday, January 29, 2011

Interlok

Bismillaah...







Kalau ia dijelmakan dalam bentuk manusia, aku bayangkan ia berkata,

"Benarlah seperti kata tuan2, life begins at 40" (Interlok, 1971 hingga kini)

heh.

Tuesday, June 8, 2010

Dekat sana nanti,kita jangan gaduh-gaduh ok?=)


Bismillaah...


Entah...
cuma mahu bertanya,apa perkara terbaik pernah aku lakukan untuk kamu?


"Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).."

43:67





kalau aku ceritakan pada kamu kisah2 yang benar sudikah kamu mendengarnya?

yang paling penting sudikah kamu menerimanya?




Saturday, March 20, 2010

Hanya Kau yang mampu



Subhanallaah…


Ya Rabbana…hanya Kau yang mampu…


Perasaan benar2 diuji kebelakangan ini.Begitu banyak kerisauan,keraguan bila mana akal dan hati cuba-cuba untuk merencana masa depan.Sebenarnya perancangan itu sudah lama ada.Sudah lama didraf2 di kepala.Tetapi untuk kali ini untuk masa ini aku tiba2 berasa tak pasti.Tak ada keyakinan untuk menapak selangkah lagi ke hadapan.Tak ada keghairahan,tak ada keinginan.Semuanya kelabu.Allah…


Ana si perisau masa depan.

Memikirkan masa depan selalunya boleh membuatkan aku murung.Penyakit low self esteem ini entah apa cara mengubatnya.Aku benar2 tak yakin untuk menghadap masyarakat.Nak memberi?Apa yang aku ada?


Sedar potensi harus digali.Sedar kejayaan manusia itu tak seharusnya diukur dengan angka2 semata.Tapi…


Harapan aku,masa depan tidak begitu menakutkan.Dan kalaulah ditakdirkan begitu,semoga waktu itu aku lebih gagah dari hari ini.


ameen~




p/s: tanggungjawab yang ada melebihi masa yang tersedia.selamat keluar dari zon selesa,selamat berinfak,selamat berjihad=)

Monday, November 30, 2009

Sementara darah masih panas,hidup masih ghairah



Bismillaah



Mau mimpi setinggi langit

Damba diam di syurga Firdausi

Langkah jangan selenggang puteri

Biar gagah bak serikandi







Kaki serikandi (huh?): Biar busuk kaki,jangan busuk hati =)

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)