Tuesday, March 8, 2011

el-ar-ti


Bismillaah...




Aku suka bergerak ke mana2 dengan public transport. Sebabnya satu- suka melihat manusia.hehe. Kalau kamu pengguna elarti (el-ar-ti) atau monorel tegar seperti aku,pasti kamu dapat melihat manusia2 berikut:


  • Yang sepanjang perjalanan menuju ke stesennya, tidur tak kira dalam keadaan berdiri atau duduk. Selalunya pada waktu pagi2 hari bekerja. Ataupun petang2 selepas office hour. Yang ajaibnya,tak kisahlah kalau kamu melihat mereka2 ini tidur mati,tangkap lentok,meleleh air liur basi dan sebagainya sebaik saja sampai ke stesen, selamba bangun keluar dari tren. Gila hebat timing tidur.hehe ok,aku simpati. Ni mesti kes tak cukup tidur selalu ni. Ish3.
  • Pasangan gelifren dan boyafren yang berdiri rapat dan cakap bisik2 dekat telinga.
  • Budak comel, chubby, lelaki, berkulit cerah, umur 2 atau 3 tahun duduk sambil muka ditekapkan pada cermin. Kadang2 mulutnya memuncung ‘woo~’ kagum dengan kelajuan tren. Kadang2 telunjuknya mengunjuk2 ke luar tingkap, mengarah kepada sesuatu yang menarik perhatian.
  • Budak comel jugak, tapi tak berapa chubby, kulit cerah jugak, umur pun baya2 budak comel di atas. Duduk sambil mukanya dihadapkan ke tingkap. Tapi tak ada muncung ‘woo~’. Tapi raut mukanya bukan tak ada perasaan, cuma muka itu muka terdiam, tergamam dengan lajunya tren. Mungkin. Mungkin ini budak cuma ‘woo~’ dalam hati.hehe
  • Budak comel jugak jugak, tangan bulat, pipi bulat. Ralit main pistol mainan. Tapi bila kamu saja2 usik cuit tangan dia, dia mintak tangan kamu, salam dan cium. Aww~ =)
  • Perempuan yang kamu tak dapat bezakan dengan lelaki, atau lelaki yang kamu tak dapat bezakan dengan perempuan.
  • Lelaki kacak, smart dengan kemeja dan tali leher serta beg hitam sandang belakang, sumbat telinga dengan earphone atau headphone, pisahkan diri dari alam.

  • Lelaki biasa2 dengan DSLR yang macam mengarah kameranya ke arah kamu (atau yang kamu perasan mengarah kameranya ke arah kamu) dan kamu tiba2 rasa taktau nak buat apa.Nak gaya apa.Tertanya2 ‘eh2,betul ke dia tengah amik gambar aku ni?Kalau betul macam mana?Patut ke aku suruh dia delete?’=p. E’eleh, rileks sudah der.
  • Lelaki jugak yang sibuk perhati kamu sedang baca buku apa. Kamu perasan, lalu angkat buku tinggi2 sampai tutup muka bagi nampak tajuk buku yang kamu baca.
  • Perempuan cantik yang buat kamu nak lirik dua tiga kali tapi takut tertangkap.
  • Foreigner yang berbau macam…berbau macam apa?haa itu yang kita taktau tu.hehe
  • Lelaki atau perempuan yang ber’sms’ sambil senyum2 kambing.
  • Lelaki atau perempuan yang salah bajet pintu tren buka belah mana. Nampak macam yakin, sedia nak keluar ikut pintu belah kiri sebelum tren betul2 sampai stesen. Tapi rupa2nya stesen belah kanan. Terpaksa pusing badan 180 darjah ke pintu belah kanan.Ok, lame.
  • Foreigner yang menghalakan kamera videonya ke sini sana dan bila terhala ke arah kamu, kamu buat isyarat jari ‘peace’ pada dia. Ya Allah, tolonglah!

Dan sebagainya.

Ini baru cerita dalam tren. Belum cerita manusia2 di stesen. Tak apalah, sambung lain kali. Kalau rajin. Tapi ehem, nak bagitau aku suka turun ke stesen kampung baru pada waktu pagi. Dah jatuh hati dengan gelagat2 manusia kampung baru di pagi hari.hehe =)

5 comments:

linzays said...

mmg menarik sebenarnye bila naek perkhidmatan awam ni.. seronok memerhati org laen.. hehe.. tp bila smpai satu tahap tu, kita sendri yg akan kepenatan dan tertido dlm bas sebagai contohnye.. hikhik..

KC Lee said...

waktu 1st year kat KCKL takde keter, so LRT,KTM.monorail ni main transport..dah mcm pakar time tu..stesen bole ingat dari awal smpi hujung..timing mmg dah tau..haha..lama x naik lrt since pindah ke cheras ;p

anamunawwarah said...

lin~
selalu je gitu sebenarnya.haha takpe bagi can orang lain pulak perhati=p
hehe


lee~
memang pun.waktu takde transport semua public transport guna.naik teksi je pun dah macam2 driver jumpa.isk3

the raihan said...

aku ada habit suka tgk kiri kanan bila traffic light merah.


dan plg common aku jumpa, ORG sedang 'membersihkan' hidung dgn penuh semangat! hahahahaha

arcane said...

ana! akak pun suka pakai public transport. bila nk terserempak dgn ana ni ;D

and, akak masa kecik2 duduk kat kg. baru. :D
rumah nenek ada kat sn lagi.

hati2 bawa diri :)

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)