Bismillaah...
Serius mahu cerita banyak.
Mahu luah apa aku rasa bila aku melihat dunia.
Mahu kongsi pening kepala bila baca berita.
Mahu sampai rasa teruja bila dapat ilmu baru.
Mahu sampai rasa trauma bila dapat pengalaman ‘hantu’.
Gila.
Tapi beb, sebelum apa2 mehla sini aku nak share satu hadis yang aku amanahkan diri sendiri untuk hafal dan harap dapat amalkan dengan baik.Dan err…dapat simpan hafalan dengan baik juga.
Hadis ni hadis pendek.Ambil dari Terjemah Hadits Arba’in An-Nawawi.Buku nipis bersaiz poket.
“Abu Muhammad Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash ra berkata,Rasulullah saw bersabda,
Tidak sempurna iman seseorang dari kalian sehingga hawa nafsunya tunduk mengikuti apa yang telah aku bawa”
(hadits shahih yang diriwayatkan di dalam kitab hujjah yang disusun oleh Abu Alfath Nashr Ibnu Ibrahim Al-Maqdisy dengan sanad shahih)
Ok sekarang mari sini aku mahu dengarkan kisah jiwa aku dengan ringkas tapi padat;
Cerita satu
Kau tau,jumaat hari tu aku nampak manusia,lelaki,muda dari aku,jatuh bangunan.Jatuh mengiring.Dia
mati,meninggal di situ juga.
Darah dia memercik...memercik sikit ke dinding.
Sikit?
Nasib dinding itu dicat merah,kurang sikit horror aku melihat pekatnya darah.Dan syukur juga dia jatuh
mengiring ke kanan membelakangkan aku.Kalau tak...kalau tak mungkin aku akan...ahh...malas nak cakap.
Itupun jeritannya masih bergema2 di kepala.
Allah...
Cerita dua
Tak ada.Nantilah.
ehe.
2 comments:
salam ana,sambung please ;)
wsalam..
on the way=)
Post a Comment