Thursday, January 21, 2010

Biasalah tu...huh?

Bismillaah



Hari ni aku solat cukup lima waktu

Hari ni aku keluar masih lagi dengan tudung menutup kepala

Hari ni satu lagi muka surat al quran dapat aku habiskan

Hari ni aku masih lagi ISLAM


Tapi esok belum tentu solat itu cukup limanya

Esok boleh saja tudung itu terbang entah ke mana

Esok tak mustahil al quran itu cuma dipandang sebelah mata

Dan esok (nauzubillah) boleh2 saja ISLAM itu tertanggal terus selamanya


Allah punya kerja,siapa tahu?



Tadinya aku disentap dengan pemikiran sendiri-bahawa hilangnya roh dalam ibadah kita sehari2 mungkin kerana kita menganggap ibadah2 tersebut suatu rutin,suatu kebiasaan bukannya suatu nikmat yang harus disyukuri setiap saat.Oleh kerana gagalnya kita untuk bersyukur,maka kita merasa cukup dengan sekadar menunaikan solat itu dengan niat,mencukupkan rukun dan mencukupkan bilangan sehari2.


Oleh kerana kita gagal bersyukur maka kita merasakan cukuplah kita sekadar bertudung,menutup kepala tanpa peduli aurat pada anggota tubuh yang lain.

Oleh kerana kita gagal bersyukur maka kita merasakan cukuplah kita membaca al quran sekadarnya,memilih surah2 tertentu untuk dibaca.Jauh sekali mahu bertadabbur,menggali isi makna ayat2 cinta dari Allah.

Dan oleh kerana kita gagal bersyukur maka kita merasakan cukuplah ISLAM itu dalam kad pengenalan semata2 tanpa mahu membawa ia sebagai cara hidup kita yang mutlak.

Soal mengapa kita gagal merasa syukur,itulah,seperti yang aku katakan tadi kerana kita menganggap setiap yang ibadah yang kita lakukan ini sebagai kebiasaan,sebagai rutin semata2.


Biasalah aku solat cukup lima.

Biasalah aku keluar pakai tudung.

Biasalah aku mengaji hari2 lepas maghrib.

Dan biasalah tu kalau aku masih ISLAM hari ni.

Apahal tiba2 aku nak murtad pulak?

Gilo apo?



Eh2…

Beb,luar biasa sebenarnya bila kita mampu solat cukup lima kerana raaaaaaaaamai umat Islam di luar sana yang bilangan solatnya cuma dua,cuma tiga,cuma satu malah ada juga yang sifar!Adalah luar biasa sebenarnya bila kita mampu cukupkan rukun solat sedang ada saudara kita rukun solat yang pertama pun tak setel lagi kerana tidak ada ilmu (hah,rukun solat yang pertama apa?haa).

Dan betapa ramai yang tidak berilmu ini,tidak tahu solat ini teringin sangat2 untuk bersolat,mengecap nikmatnya solat tapi kita yang ada kemampuan solat sesempurnanya kerana cukup ilmunya gagal merasai nikmat tersebut,gagal mendapat manfaat solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.Alangkah ruginya!Ohh~

Maka poinnya di sini,tidak ada yang biasanya tentang solat.Solat itu luar biasa kerana hanya segelintir manusia sahaja yang Allah pilih untuk menghadap Dia pada waktu2 yang telah ditetapkan lima itu.Kalau kita mampu merasakan bertuahnya kita kerana terpilih diberi kemampuan untuk bersolat dalam sibuknya kita melayan urusan dunia,melayan kerenah hawa maka aku yakin saat kita mengangkat takbir itu akan menjadi saat paling menusuk jiwa.Sujud kita itu akan menjadi suatu ketenangan,akan menjadi suatu moment yang kita merasakan sangat dekat pada Tuhan.

Begitu jugak halnya dengan tudung di kepala.Kalau kita pandang sekeliling,tidak ramai saudara2 perempuan kita yang ada kemampuan untuk menyorokkan rambut ikalnya.Tak perlu pusing 360 darjah mencari,cukuplah berhenti di sudut 45 maka kita akan melihat model2 sunsilk,rejoice dan head and shoulder live di depan mata.Suatu hal yang menginsafkan bila aku tau salah seorang dari model2 tanpa niat ini tahu yang dia salah,maklum kewajipan bertudung tapi tak ada kemampuan.Tak ada kekuatan.Persekitaran tak membantu dan sebagainya lalu dia menjerit2 dalam hati melalui hari2 dengan rasa berdosa dan penyesalan.Belum lagi kisah orang yang tak bertudung disalah anggap sebagai non muslim.

Tapi kita yang dengan mudahnya bertudung,berlilit2 di kepala gagal menghargai nikmatnya tudung.Gagal menghargai identiti muslimah yang kita bawa.Kita masih lagi berpakaian ketat,berlengan pendek,berjeans sendat.Belum lagi masuk soal pergaulan yang makin kita lupa batas2nya.

Aku tuding lima2 jari pada aku muslimah2 sekalian.

Dan untuk ISLAM sendiri mungkin kerana kita gagal melihat betapa kosongnya hidup2 manusia yang tidak diberi hidayah dan betapa peritnya hidup orang yang masih tercari2 makna kehidupan makanya kita gagal bersyukur.Disebabkan kita gagal bersyukur maka kita rasa cukuplah aku masih ISLAM masih mengaku yang Allah itu Tuhan.Tak sembah berhala dan sebagainya.Dan mungkin disebabkan kurangnya bersyukur kita dengan akidah yang kita ada maka amat payah untuk kita menyebar2kan kebaikan.Untuk meletakkan sepotong hadis atau ayat al quran atau seruan2 yang mengingati Tuhan pada status Facebook sekalipun terasa berat.Dek kerana kita gagal merasa nikmatnya ISLAM yang kita dapat tanpa apa2 bayaran ini,mengakibatkan kita gagal untuk berkongsi nikmat tersebut bersama orang lain.


Gagal memiliki masakan mampu memberi?Tak gitu?

hmm...


Mungkin hari ni kita boleh mula bersyukur dengan menganggap nikmat2 yang ‘biasa’ itu sebagai sesuatu yang luar biasa.Mula merasakan kita2 ini sebagai manusia terpilih kerana tak semua manusia itu mendapat hidayahNya.Takut2 kalau kita gagal bersyukur hari ni esok lusa Allah akan tarik segala nikmat 'biasa' yang kita ada.


Makanya akhir kalam,

Selamat bersyukur semua orang! =)


p/s: ok, 'task' untuk pembaca2 yang baik hati.Bagi aku satu dalil syukur.Dok belek2 dari tadi tak jumpa2 gak.Aku lupa ayat yang mana.Kalau tahu tolong khabarkan.Terima kasih!


6 comments:

hazeleyed lady said...

bagus kalau tulisan sis ini di baca oleh seua orang ...kep it up

Riuz said...

“Tidak boleh berkumpul antara iman dan kikir di dalam hati orang yang beriman selama-lamanya” [HR Ibn Adiy] *tak pasti darjat kekuatannya

“Dan mereka yang apabila membelanjakan harta mereka tidak melampaui batas (tidak boros) dan tidak pula bakhil, tetapi (sebaliknya perbelanjaan mereka dalam keadaan betul dan sederhana antara kedua-dua cara (boros dan kedekut)” [Surah al-Furqan: 67]

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Ibrahim : 7)

“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)

aku pun x ingt sngt dalil2 yg len. tp plng obvious, surah ar-Rahman. Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi hendak kamu dustakan?

oh, penambahan, ni yg plng bez

Dizaman Khalifah Umar al-khatab r.a, satu ketika terdapat seorang pemuda sedang duduk beribadat dekat ka’bah dengan terus menerus berdoa ” Ya Allah, jadikanlah saya masuk ke dalam golongan orang yang sedikit ”. Tatakala Amirul mukminim Umar Ibnu Khatab r.a mendengar permohonan ini maka beliau menyapanya ” hai pemuda, kenapakah anda memohon untuk dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit ? Bukankah kesemua orang berkehendak agar masuk kedalam golongan yang terbanyak (majoriti) sebab pada umumnya golongan yang terbanyak itu mempunyai kedudukan yang lebih bermakna ”. Pemuda itu menjawab, ” Bukankah anda pernah pernah membaca di dalam Al-quran surah Sabak ayat 13, ”sedikit sekali hamba-hambaku yang bersyukur” ”. Maka selepas itu fahamlah akan saidina umar maksud doa pemuda tadi.

anamunawwarah said...

kak hazel~

terima kasih.mana2 yang sepatutnya tersampai akan tersampai insyaAllah.

=)

afiq~

alhamdulillaah.jujurnya aku cuma teringat dalil dari surah ibrahim:7 je.jazakallah untuk penambahan yg sangat mantap.

Izz Amri said...

salam~

lafazkan kalimah itu..alhamdulillah =) (part of lagu erti syukur by UNIC) hik2~

sekali lagi, akal ter'ignite' untuk think n rethink about this..

thnx =)

syahadatul haq said...

maka, mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar sari Allah, sedangkan mereka tidak mendapat bencana apa2
(al-imran:174)

truthfull87 said...

salam...mohon izin utk copy paste di blog ana..

~jazakillah ukhti..~

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)