Monday, December 28, 2009

Nak pergi lagi...



Bismillaah…


Alhamdulillaah…alhamdulillaah…alhamdulillaah…

Mama dan baba dah lebih seminggu selamat kembali dari menunaikan haji.Dua-dua pun sihat cuma batuk makin teruk bila sampai Malaysia.Terutama mama.Dan kedua2nya pun makin kurus.Terutama mama jugak.hehe.Sebabnya mama bagitau hari2 berjalan berbelas2 kilometer.Mama selalunya tawaf dekat tingkat paling atas masjidilharam dengan radius paling besar untuk setiap pusingan.Tapi tak terasa pun jauhnya pusingan atau lamanya nak selesaikan tawaf tu.Tau2 dah siap.Penat pun tak sebabnya tingkat atas tak bersesak2 dan sentiasa berangin.Sejuk.


Aku ingat lagi minggu2 sebelum mama dan baba dapat panggilan menunaikan haji di saat2 akhir (tambahan kuota 10 000 tempat ceritanya) ada angin rindu meniup2 ke dasar hati.Rindukan masjidil haram,rindukan masjid nabawi.Rindukan dua bumi suci Allah-Mekah dan Madinah.Tak tau la kenapa.Mungkin sebab waktu tu dah mula orang sibuk2 cerita tentang nak pergi haji.Dah terdengar2 siapa2 saudara mara,mak ayah kawan2 yang dapat pergi haji.Mungkin.Dan bila mama bagitau yang mama dan baba dapat buat haji tahun ni rasa macam…rasa macam…entah.Tak tau nak describe macam mana.Rasa macam happy nak terkeluar jantung pun ada,rasa lega pun ada.Rasa macam rindu yang bersambut?Sakit yang terubat?Hmm…gitulah.Bercampur baur.Semua rasa diluah dengan kalimah alhamdulillaah 3 kali dalam telefon.hehe


‘Ana,madinah sekarang dah lain sangat dari dulu…Banyak bangunan2 baru,hotel 5 bintang.Lepas tu bersihh sangat’


8 tahun dulu menjejak bumi madinah,memang patut kalau madinah itu jauh berbeza dari yang dulu.Mekah juga begitu aku kira.Antara yang seronoknya bila menunaikan umrah atau haji ni kita boleh berjumpa dengan bermacam2 jenis umat manusia.Barulah terasa bahawa Islam itu agama rasmi satu dunia.Pertama kali melihat wanita2 arab selamba melangkahi orang2 yang sedang sujud di raudhah tergamam jugak.Banyak ‘scene’ yang aku lupa sewaktu berada di sana.Cuma mungkin ada dua wajah yang kekal dalam kepala ni sewaktu menunaikan umrah.Pertama,seorang budak lelaki yang tak berwajah manusia normal.Usia lebih kurang 7-8 tahun.Rasanya dari Malaysia jugak.Aku terserempak dengan dia waktu nak niat ihram di bir ‘ali (luar dari tanah haram) kalau tak silap (tak ingat) bawak ke waktu saie.Baba suruh aku jangan pandang dia lama2,takut terlintas yang bukan2 dalam hati.Hikmah menundukkan pandangan.Kedua,seorang lelaki berkulit hitam yang hampir kesemua giginya,atas dan bawah terkeluar,flat.Dia tak mampu pun nak tutup mulutnya dan aku tertanya2 bagaimana dia bercakap dan mengunyah makanan.Subhanallah…


Apa pun aku takkan lupa saat pertama kali melihat kaabah secara live di depan mata.Berjurai2 air mata waktu tu.Macam tak percaya rasanya bila dapat berdiri depan kaabah.Begitu jugak bila berhadapan dengan makam Rasulullah SAW,Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar Al Khattab RA.Sayu,rindu!Dan jugak waktu aku ‘diselamatkan’ Allah dari petaka.Mungkin jugak petaka mungkin jugak tidak sebenarnya.Apa pun aku hidup dengan selamat hingga hari ni.itu yang penting.Alhamdulillaah.Paling sedih,bila aku cuma dapat membaca doa wida’ dari luar masjidilharam kerana uzur.Syahdu sangat…waktu tu,aku doa sungguh2 aku dapat ke sana lagi.


Oh ya,melihat wajah anak2 arab yang suci memang melekakan.Dengarnya,anak2 sepupu2 aku di sana dah besar2 sekarang.Dah bercampur2 darah dengan arab,dengan Pakistan,pattani pun ada kot.Hilang dah rupa jawa.Muka nak putih gebu,mata nak besar dan rambut nak kerinting.hehe.Kelakar dengar cerita mama yang ada seorang anak sepupu aku ni ajak mama main.Tapi mama tak faham2 apa yang dia cuba cakap.Akhirnya dia fed up,marah2 dan merajuk.Mengadu apa entah dengan mak dia.haha masalah komunikasi.Seorang bercakap ‘bahasa itik’,seorang bercakap ‘bahasa ayam’.huhu mama cakap,seorang anak perempuan kepada saudara aku di sana yang ikut berkelah bersama2 aku di thaif kali lepas dah besar panjang,dah anak dara.’Wes perawan’ kalau dalam bahasa jawanya.Aku tak ingat namanya,tapi maksud namanya aku ingat-‘sungai perak’.Mama kata dia cantik.Aku tak terkejut.Dia memang cantik walaupun baru umur dalam 7-8 tahun waktu tu.Adik lelaki dia pun comel sangat.Dua2 muka iras2 orang arab.Ingat lagi kami boleh bergelak tawa,bergurau sama2 dalam bahasa bisu =).


Seminggu cuti balik rumah terlalu ‘rush’ sebenarnya.Dapat bersama baba cuma satu malam.Malam ni baba sampai Malaysia,esok petangnya dah balik semula ke pelantar.Ahad ini aku naik kapal terbang ke sabah,Isnin esok kapal terbang baba (?) mendarat di KLIA.Macam biasanya aku dan baba.hehe.Ada kawan bertanya tak rindu ke jarang jumpa baba?Aku jawab,dah biasa.Kawan itu balas balik,biasa2 pun bila rindu tak kira masa.Dan aku jawab balik…dah biasa.ehe.


Untuk itu,baba selalu mintak maaf tiap2 kali sebelum aku berlepas walaupun sebenarnya tak perlu.Kita sedang berjihad di medan masing2,kan ba? =)


Mama jugak jetlag untuk beberapa hari.Tambah dengan batuk2 yang teruk tapi masih kena layan tetamu2 yang datang.Tak sempat pun nak buat ‘heart to heart talk’ berdua dengan mama.Baru nak mula,aufa ketuk pintu,


‘Mama,ada orang datang.Orang sebelah’


Sudahnya,bertangguh sampai sekarang.Tak apa,tak apa.Belum begitu penting lagi.Yang dahulu,didahulukan.

Apa yang kena didahulukan?

Graduation project!

Yeah,back to business!



Sudah di Sabah everyone.





p/s: Mendengarkan cerita2 yang sempat didengar dari mama,rasanya aku nak pasang niat,doa sungguh2 supaya aku diberi kesempatan tunaikan haji saat2 aku masih kuat fizikal dan mentalnya.Waktu sihat tubuh badan,jelas ingatan.Kalau dapat buat waktu2 muda belia macam ni alangkah seronoknya.Tapi kemampuan entah bila ada.Emm,boleh masuk dalam target kot kan?

No comments:

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)