‘Akak goncang kuat sikitlah,akak ni ayu sangatlah!’
Dia separuh menengking.
Aku separuh terkejut.
Aku pandang cik pipit,
cik pipit pandang aku.
Aku pandang dia.
Muka penat,ada garis2 tegang.Aku positif dia tak sedar dengan nada apa dia bercakap.
Positif……..=.=
Lapangkan dada dan teruskan kerja…
***
Cik pipit selalu cakap ‘there’s always first time for everything’.
Dan hari ni hari pertama aku berniaga.Semuanya pun tak dirancang.Syif sebenar esok tapi sebagai persediaan nak tinjau2 la gerai,adaptasi dengan suasana supaya tak begitu terkejut nanti.
Aku sedikit musykil,cuaca tak adalah begitu panas tapi jualan ice blended gerai kelab aku ni kencang amat.Sampai ada ‘queue’.Mungkin antara salah satu sebab adalah;
1. Resepi budak-muka-serius-amat untuk ice blended kitorang memang 1st class atau,
2. Cuma kami satu2nya gerai yang menjual ice blended maka semua peminat ice blended
tertumpu di gerai kami atau juga
3. Kedua-duanya.
2. Cuma kami satu2nya gerai yang menjual ice blended maka semua peminat ice blended
tertumpu di gerai kami atau juga
3. Kedua-duanya.
Ehe..Mana2lah janji dadih licin (tiba-tiba dadih=p).Syukur…
Budak kaca mata memang dah pesan,pelanggan ramai.Agak kelam kabut nak layan semua dengan blender cuma satu (alahai) tapi jangan lupa senyum.Walaupun ibu jari dah mula sakit sebab nak pulas benda alah pada blender tu untuk hidup dan matikan dia (blender lama,benda alah untuk hidup dan matikan blender cuma tinggal besi je) walaupun pelanggan dah mula merungut2 lambat (tapi masih dalam nada2 bergurau.Kesian bha kami semua perempuan2 yang berpuasa.heee) dan ada yang cancel order, blender tiba2 hang,semput2 nak ‘blend’kan ais (ha kau blender pun pandai tunjuk protes penat) tapi tetap teruskan senyum.Aku rasa aku dah senyum sesenyum mungkin dan mintak maaf sebanyak mungkin pada pelanggan2 yang sedia menunggu dan jugak pada pelanggan2 yang kami terpaksa tolak permintaannya sebab takut tak termampu dengan blender cuma satu dan ‘queue’ yang masih panjang sedangkan waktu berbuka tinggal beberapa minit.
Hikmahnya bekerja dengan blender tua,menyebabkan kami banyak baca bismillaah dan istighfar.
‘Bismillaah kak bismillaah’ sebelum hidupkan blender.
‘Astaghfirullahalazim’ tiga kali bila 2 3 kali pulas, blender tu tak mahu jugak jalan2.
Aihh…ok, jangan merungut.
Hari ni nak berniaga lagi.Biar macam mana penat,bila fikir ini sunnah tetap bersemangat.Yosh!
Dan hari ni takkan kena marah lagi.Positif.
Sebab aku dah tak ayu lagi.lalalala~~
=p
No comments:
Post a Comment