Bismillaah…
1511H [KOMBAT]
Begitu terkesan.Aqilah aku lambat beberapa tahun dari kamu.Teringat waktu di semesti qila semangat ‘promote’ buku faisal tehrani yang satu ini.Teringat qila menyebut2 tentang lebah tentang pemuda pilihan hajjah nusaybah.Tapi dari bahagian mana yang dia quote aku sudah lupa.Waktu tu aku tak begitu tertarik.Aku lebih terpengaruh dengan Zed.Sibuk meminjam novel2 karya meg cabot ataupun chicken soup for the soul.Atau pun novel2 cinta alaf 21 yang begitu membuai2 kisahnya.Sesuai dengan jiwa perempuan,jiwa remaja .Kononlah.
Tapi bila umur dah menginjak selera pun jadi berubah.Aku masih lagi layan beberapa novel. Tapi yang ‘berisi’,yang mungkin jugak bisa membangun jiwa.Novel2 cinta picisan yang cuma banyak mendedahkan realiti bukannya hakikat aku tolak jauh2.Mual sudah kot disajikan dengan kisah peluk,pegang2 tangan,belai2 hujung rambut lelaki perempuan yang belum bernikah.Apa lagi baru2 ni aku selak2 satu novel ni dah berani pulak buat ‘scene’ kissing mulut ke mulut (istighfar2) yang adegannya ‘dilakonkan’ lelaki dan perempuan muslim.Geleng2 kepala…kecewa -.-
Cukup di situ.Ada yang panas pulak nanti.hehe (panas hati kamu panas lagi hati aku kot.ehe)
Berbalik kepada 1511H [KOMBAT].Ini cerita tentang harapan.Apa yang kita harap terjadi pada masa depan.Bahawa Islam yang maju dengan ilmu bukan lagi nostalgia atau mimpi.Jiwa2 pemuda bukan lagi tidur tetapi bangkit dengan semangat jihad,mengejar syahid.Bahawa yang kaya tidak lagi mengumpul kekayaan untuk anak isteri tetapi diinfakkan sepenuhnya untuk agama. Ini kisah perang.Luarnya dilihat sebagai perang fizikal,teknologi senjata yang super canggih,bio-bots,cyborg,cipher,sacros dan segala macam yang perlu dibelek2 ke muka surat glosari untuk pemahaman.Lebih dari itu ia bercerita tentang kedekatan kepada Tuhan,keyakinan yg sebenar2 yakin dengan pertolongan Allah yang melampaui batas akal manusia.Bahawa untuk Islam itu menang kita perlu menjadi hamba.Hamba yang sebenar2 hamba dan kepada satu2nya Tuhan.Tidak ada hamba hiburan,pekerjaan,anak isteri dan lain2nya.Mereka yang dari jeneral,komander,saintis ditarbiyyah memegang teguh ilmu futuwwah.Dan satu perkara yang pasti Islam itu pasti akan menang.Kerana kiamat tidak akan datang selagi Islam itu diinjak2 oleh umat sendiri atau musuh yang lain.Kiamat itu pasti, maka kemenangan Islam itu juga pasti.
Persoalannya bagaimana Islam itu menang?
Terkesan dengan watak utama komander Muhammad Ameen Muhammad.Berusia 19 tahun tetapi dipilih Allah untuk mengimami pertahanan Makkah melalui mimpi berulang2 hajah nusaybah.Terkesan kerana penulis menjadikan watak yang begitu muda sebagai tunjang utama,orang yang bertanggungjawab menawan Rumah Putih dan menukarkan nama White House kepada White Mosque,menukarkan nama Washington kepada kota Emrullah.Tak hairanlah beliau yang masih begitu muda diwasiatkan untuk menggantikan tempat jeneral nusaybah yang syahid oleh wanita itu sendiri.Ibrahnya di sini betapa kita yang masih muda dengan kudrat dan tenaga yang masih lagi kental seharusnya berdiri di barisan hadapan untuk perjuangkan agama.Seharusnya sedar bahawa kita ini masing2 diwasiatkan menyambung perjuangan baginda Rasulullah yang kita sayangi untuk menegakkan kalimah laailaahaillallaah di muka bumi ini.
Gunakanlah segala potensi yang ada.Kalau kita pandai menulis maka sampaikanlah Islam melalui penulisan,kalau kita petah berbicara sampaikanlah Islam melalui ucapan2,kalau kita kreatif berkarya,berjiwa halus sampaikanlah Islam melalui syair2,puisi2 islami.Apa juga cara,sampaikanlah…walau cuma melalui salam atau senyuman =)
Allahuakbar!
p/s: susah betul nak jumpa novel inggeris yg betul2 ‘bersih’.Baru jumpa satu-to kill a mockingbird.ok tau aku memang dah berabad ketinggalan dari kamu.ohh~
5 comments:
bacalah the kite runner atau one thousand splendid sun atau born under a million shadow....kisah2 di afghanistan.menarik,sedih,lucu.
the kite runner ada bukunya?sy ingat cuma movie je.tapi dua2 belum jumpa.terima kasih atas saranan buku2 tersebut.I.Allah akan cuba cari.kena tgk bajet jugak.buku 1511 ni pun sy pinjam je.hehe
p/s:terima kasih singgah=)
Nyemah Mulya ke Flor de la Mar!
=)
cik ana naik 'bahtera' mana pula?
kite runner dan a thousand splendid sun dr pengarang yg sama.born under amillion shadow novelis nya orang putih tp ceritanya sedih dan lucu.
banyak lagi buku yg boleh disyorkan...atau baca autobiografi ini the glasshouse,kisah keluarga yang trajis.
fitriezwan~
eh nyemah mulya lagi?ingat watak rekaan faisal tehrani dalam 1515 je.dia ni betul2 wujud ke dalam sejarah?
'bahtera'...=)
hariribut~
owh ok.terima kasih!=)
Post a Comment