Sunday, June 14, 2009

Pemanggil terakhir

Bismillaah...

Mama cerita petang waktu mereka dalam perjalanan balik dari 'mengerjakan' rumah baru telinga semua melayan hot fm.Waktu tu hot fm sedang bukak talian untuk para pendengar yang setia berkongsi pengalaman pahit tentang perkahwinan yang tak menjadi.Jadi macam2lah cerita yang keluar dan boleh dikatakan semua cerita agak stereotaip.Ada yang pasangan buat hal,keluarga pasangan buat hal,bakal mak mentua tiba2 tak suka dan macam2 lagi kisah yang aku rasa boleh kita jumpa dalam skrip2 drama tempatan.Kebanyakan kes jugak berlaku dalam sebulan sebelum kahwin,seminggu sebelum kahwin dan dua hari sebelum kahwin pun ada!Kad kahwin dah edar,pelamin dah tegak,kanopi dah pasang tapi Allah peduli apa kalau Dia nak uji.Kan?
Kisahnya, mama sebenarnya nak tarik aku pada pengalaman pahit pemanggil terakhir ni.Pemanggil lelaki.Bila dia katakan yang perkahwinannya tak jadi betul2 pada sepuluh minit sebelum nikah mulalah seisi kereta nak pasang telinga betul2.

"Bang,kalau orang lain kahwin tak jadi lagi sebulan sebelum nikah,seminggu sebelum nikah,dua hari sebelum nikah,saya lagi sepuluh minit bang"

Sepuluh minit?Kenapa?eksiden ke?Tapi kalau eksiden kenapa pengantin perempuan pulak?Bukan patutnya kalau kes eksiden melibatkan pengantin lelaki ke sebab dalam perjalanan pergi ke rumah pengantin perempuan?

"Bakal isteri saya,bakal mak mentua saya,keluarga semuanya mati.Dengan tok imam tok imam sekali mati!"

Eh?mula terasa pelik tapi macam kelakar pun ada bunyinya.

"Sebab sepuluh minit sebelum nikah tu waktu tsunami melanda acheh.Saya kahwin dengan orang acheh bang jadi nikah di sana la.Semua orang dalam majlis tu mati,saya sorang je yang selamat"

Gaaa...

"Sampai sekarang saya tak kahwin lagi bang (suara sebak tahan nangis).Saya trauma..."

Klik!Talian terus diputuskan.

Betullah jodoh,maut di tangan Allah.Allah dah tunjuk pada dia,Allah nak tunjuk pada kita (dengan ilhamkan dia untuk kongsi cerita di hot fm).



p/s: aku tak ada di tempat kejadian (dalam kereta) jadi dialog di atas adalah rekaan semata berdasarkan cerita mulut mama dan iman.

p/s/s: aku rindu hp aku tapi aku redha.Mungkin jodoh aku dengan dia setakat ni je.Moga kamu berjumpa dengan tuan yang lebih baik ya!(orang yang mencuri kamu dari aku?heh entahla..)


4 comments:

keechoon said...

anything can happen in 10minutes...
10mins ago, my grandpa was healthy and still alert communicating...10mins ltre, he gone 4eva....

una je. said...

ewm. tetibe org t'ingat cerita pakcik org 25 tahun dlu. mama sy cerita isterinye meninggal 2 jam after nikah mse naik pelamin.
:( sian sgt kt dye.
sbar ye PAK UDA.

weetameal said...

Oh, tuhan.. kuatkan diriku~ Engkaulah Maha Berkuasa.

gembira~

anamunawwarah said...

lee~
=|

cik nadeeya~
ujian Dia.insyaAllah Allah bg pada yg mampu.dah kahwin lg dah?

bana~
ada yg lebih baik insyaAllah..
gembira?napa?

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)