Thursday, April 23, 2009

Tercambah sikit

Bismillaah...

Aku ada mau sesuatu dengan sangat sehingga aku bayangkan kalau itu aku dapat aku tak ingin apa2 lagi.Kalau dengan segala harta dunia dapat dilaksanakan harapan maka akan aku usahakan kalau cuma itu caranya.

Alhamdulillah,dua paper dah selesai.Dua2 dimudahkan.Si Pipit memang baik sedekahkan nota2 dia pada aku.Kalau fikir2 aku ni memang banyak menerima je dari dia tapi dia, paksalah macam mana pun payah betul nak terima sesuatu daripada orang hatta sebijik kuaci atau sesedut teh ais sekalipun.Kadang2 rasa nak merajuk pun ada.Orang nak pulangkan seringgit hutang dia pun dia tak nak terima.Alasan:sikit sangat.Aih..pipit ni la.Kadang2 nak je cakap straight to her face 'orang dah bagi tu amik jela!'.Tapi tak boleh pasal rasa kagum mengatasi.haha jarang sangat nak jumpa orang yang tak berkira2 langsung ni.Dan sangat sensitif dengan keperluan orang lain.I'm blessed.=) Dengan dia aku belajar kita ni bila berkawan bukan setakat kena terima kekurangan je kelebihan yang terlebih2 tu pun kena belajar adapt jugak.hehe

Waktu exam aku mesti duduk paling deeeeepan.Takut kena saiko dok belakang2 ni.Cuak usha sekeliling tekun gila tulis esei panjang2 tapi kite still blur lagi.Tercongok2 cari idea.Teringat midterm biofizik gila kena saiko dengan budak kaca mata.Aku duduk depan sekali dan dia duduk barisan sebelah.Aku jeling kiri esei dah half page.Aku jeling lagi die sibuk ketuk ketak kalkulator dia pulak,yang aku ni rumus pun tak ingat.waaaa...memang haru rr.Habis exam cerita dengan budak kaca mata macam mana beliau telah porak perandakan jiwa aku waktu ngadap paper tadi.Dia dengan sungguhnya mintak maaf.Aku kata tak apa.Aku bukan serius,niat main2 je.Tapi memang sejak tu dia tak adalah nak amik seat sebelah aku bila exam.Takut ter saiko aku lagi kot,aku punya perasan.Padahal sebab banyak je lagi seat lain.ehe.Dan ye seperti exam2 yang biasanya,majin buu masih lagi pegang rekod budak-yang-keluar-paling-awal-dari-exam-hall.(huh,boleh ke kira exam hall tuh?ah lantakkan).Tahniah la ye majin buu (version budak tutt.ehe).

Apa yang aku perasan fenomena biasanya sebaik saja lepas exam kalau tanya member2 'weh cane paper tadi?' rata2 akan bagi jawapan yang negatif 'aaa habisla aku...' atau 'hancurla final kali ni' dan yang sewaktu dengannya.Aku tahu mereka jujur tapi ayat2 sumpahan tula yang paling aku nak elak guna bila ada orang tanya soalan tipikal macam tu.Biar la sesusah mana pun tapi untuk mengatakan yang final aku hancur,habis rr final aku rasanya macam berlawanan betul dengan apa yang aku selalu mintak dengan Tuhan.Takut2 masa terucap benda2 macam tu betul2 waktu semua doa diangkat ke langit (waktu mustajab doa).Tak ke haru jadinya.Jadi tadi aku tegurla si cantik 'Rilek jangan sumpah2 paper ko.tawakal je'.Kalau susah cakapla susah tapi biarla bersambung dengan 'tak apa,aku tawakal dengan Allah'.Dengan syarat korang dah usaha gila babeng rr.Kalau tak dah salah konsep tawakal kat situ.Kejayaan tak ada sebab equation kejayaan (usaha+doa+tawakal=kejayaan) tak lengkap.Ada faham anak2?huhu

'i'm fail as a lecturer if one of my students get caught because of cheating'


Apa2 pun pandai2 mengurus stress waktu2 exam ni.Jangan stress2 laju je langkah ke 1B laju je langkah ke KK,ke K-BOX (ops,ada yang terasa ke.hehe ampun wak!),ke wayang,ke movie korea dalam laptop,anime,youtube ke mana2 yang tak sepatutnyala.KAU! terutamanya (sambil menghadap cermin dan dengan macho menunjuk dengan jari telunjuk imej di dalam.apakah? huhu).Sebaiknya amik wudu' gi solat sunat,gi tadabur ayat quran,tilawah tak pun amik handset masing2.dail nombor rumah.ngadu ngan mak ke ayah ke mintak doa banyak2.kita share problem sama2.Sharing is caring kan.huhu insyaAllah akan lega sikit lepas tu.Dalam quran dah ada bagi method sebenarnya macam mana nak handle hati2 yang tertekan ni.Sila jeling ke kanan blog aku.ada satu method aku letak kat situ paling atas sekali.Bawah sikit pun ada gak kan daripada opick.hafalkan ye anak2.=)

Doakan aku.Orang Islam jangan kau gagal.

p/s:myra kata passion tak perlu cari jauh2.it's already in you...emm kena start menggali dari sekarang...she's already found hers


4 comments:

iffah said...

sekuat manapun godaan yang kita hadapi,
sekukuh apapun cubaan yang harus kita jalani,
sebesar apapun kegagalan yang kita hadapi,
sejenuh manapun hari-hari yang kita lalui,
jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan ILLAHI,
jangan pernah berhenti berdoa kepada RABBI,
kerana harapan adalah masa hadapan,
kerana harapan adalah sumber kekuatan,
kerana doa adalah pintu kebaikan
dan kerana doa adalah senjata orang beriman...
doakan kejayaan bersama...
INGAT ALLAH SELALU,(13:28)
kerana ALLAH, i miss u!

wishtobeagoodmuslimah said...

assalamualaikum..
oit...
pipit?
amboi, tak bestnye name..
tukar nama best ckit...
kang aku repot kat cik **** garang...hehehe

.....oit2...
bangun2..jeles tgk ko tido atas tu...den dok mengelek buku arab....
bukak mandarin ko cepat...hehehe
...
p/s: aku pinjam broadband ko nie..halal?...hehe...
sok cheq habaq kat hang naa.....

anamunawwarah said...

iffah~
=)

cik pipit~
waa kantoi!ooo diam2 cik pipit hinggap blog aku ea.haha sapa soh ada lesung pipit dalam sangat.wuu~
hoho aku da ngadap mandarin dari semalam ag.ko baru nak ngadap arab tu dah bising.huu

wishtobeagoodmuslimah said...

cit...
nyesal tak studi arab awal2...hukhuk
salam ziarah...
jap je ni...(aku kan takut skit tgk blog2 ni..ehehehe)

aku p lib...ehehehe

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)