Monday, August 18, 2008

Bila kamu memanggil,aku akan berhenti..

Lututku sakit
Luka berdarah
Kerana tersadung tersalah langkah
Aku berhenti
Berehat di tepi
Memandang ke depan
Dengan hati yang sepi

Aku di sini
Aku sendiri
Memeluk tubuh
Yang makin rapuh
Menunggu kamu
Menghulurkan tangan
Bersama segaris senyuman
Yang menghangatkan
Memimpin aku
Menuju ke depan

Menunggu dan terus menunggu…

Akhirnya aku melangkah sendiri
Biar perlahan aku mahu ke depan
Namun sesekali aku menoleh
Mengharap bayang kamu
Hadir di belakang
Mendepangkan tangan
Bersedia menyambut aku
Jika aku terjatuh lagi

Aku berjalan dan terus berjalan
Biar gerakku pincang
Biar rentakku sumbang
Aku teruskan
Dan ada air hangat yang mengalir
Bersama peritnya luka
Ahh,aku perlukannya

Kerana aku tahu kamu memerhati
Dari kejauhan itu
Tanpa cuba mencapai aku
Maka aku terus melangkah
Biarpun luka semakin parah
Dengan satu JANJI tersemat di hati
BILA KAMU MEMANGGIL
AKU AKAN BERHENTI

-Yasashii manazashi ne anata ni...aitai

No comments:

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)