Aku baru hbs midterm…Alasan aku utk gap yg terlalu pjg antara previous entry dgn yg ini.Byk yg ingin aku tulis.Sarat kat dalam kepala ni..hehe kononla..jadi xapalah kn kalau entri aku kali ini pjg benar..sarat dgn cerita..xmengapa kan?kan?Tapi siapalah kamu untuk mengatakan xboleh.Inikan blog aku.Aku punya suka lah..haha..Jadi mengapa pula aku bertanya? Naa..:)
******
Cerita 1: Mana discussionnya?
…Title..ada..intro..ada..objektif..ada..methods..ada..results and analysis..ada..flow chart..ada..question..ada..references..ada..ermm mcm da complete..tapi..erk,mana discussionnya?!!
Ah,sudah..menggelabah aku bila pak syeikh bgtau yg discussion xada utk lab report kimia group ktorg..macam mana boleh jd gini.Kan semua bhgn dah dibahagi2?nak anta jap agi..Gaduh pun xguna.Bincang pny bincang imam besar dpt satu idea untuk selamatkan group ktorg (idea terpaksa dirahsiakan utk kemahsyalatan group aku.huhu)..Ktorg ahli group yg lain terpaksa terima je idea tersebut memandangkan tu je cara yg ada.Hero yg hensem sepakat melaksanakan idea imam besar utk selamatkan group ktorg. Hari tu, hero yg hensem xjoin eksperimen.Beliau bersama motor kapcainya terpaksa pergi suatu tpt utk selamatkan keadaan. Dalam satu jam lebih selepas tu hero yg hensem dtg balik bersama ‘discussion’ ktorg..maka selamatlah kami hari itu..arigato imam besar dan hero yg hensem!
nota kaki: kagum ngan pak syeikh yg senyum je walaupun keadaan gawat macam tu.huhu
Cerita 2: Kata-kata yang diangkat ke langit
Aku dalam perjalanan ke lab kimia dengan syaza waktu tu. Dalam perjalanan tu, syaza mengadu dia rasa macam nak demam. Aku sentuh dahi dia, aah panas sikit. Terlepas dari mulut aku, ‘aku dah lama xdemam’. Disebabkan kata2 aku tu,tuan2 nak tau apa jadi lepas tu? Mungkin waktu aku mengatakan begitu pintu langit ketujuh sedang terbuka. Makanya waktu itu waktu mustajab berdoa seperti yang aku pernah terbaca bahawa setiap hari ada waktu2 tertentu yang mana doa atau kata2 kita akan terus dimakbulkan, diangkat ke langit. Oleh sebab itu kita digalakkan sentiasa beristighfar dan ibu2 jgn sewenang-wenang menyumpah anak2 bila marah. Takut2 terus diangkat ke langit. Macam aku yang esoknya mula dapat selsema luar biasa. Bersin x henti2, mata merah berair dan kaki rasa sejuk. Sepanjang aku ‘menderita’ (kononla) tu aku teringat kata2 syaza sebaik saja aku melafazkan kata2 ajaib tu, ‘ko jgn cakap,nanti demam betul2’. Petang esoknya aku excuse class mandarin, xlarat betul dan malamnya aku demam. Buat aku berfikir, kata2 siapa sebenarnya yg diangkat ke langit, aku atau syaza? Wallahualam..:)
nota kaki: Waktu demam tu kan aku teringin betul nak balik rumah. Dapat layanan first class dari mama n mak.hehe
Cerita 3: Mimpi yg membahagiakan.
Dia punya byk cara untuk menghiburkan hambanya dan hari itu aku dihiburkan dgn mimpi. Mimpi yg membahagiakan. Bukan sekali aku bermimpi seperti itu. Emm ada la dalam empat kali. Hehe..dan setiap kali aku bgn daripada mimpi itu aku akan rasa tenang, lapang dan…bahagia. Bahagia yg membuatkan aku secara spontan menyebut ‘alhamdulillah’…Bahagia yg belum masanya aku rasai. Dan bahagia yg aku xboleh simpan sorg2, mesti akan cerita kat org lain. Huhu..jadi, ada la mangsa2 yg esoknya mendengar cerita mimpi ‘si aku’. Aku mmg begitu kawan2 suka berkongsi kebahagiaan dengan kamu biar pun bahagia itu aku hanya dapat dari sepotong mimpi.
nota kaki: Dan waktu aku diam memendam, termenung berfikir Kau mendengar bukan?
Cerita 4: Kamu menyentuh hati aku
Kamu mungkin xsedar hari itu kamu betul2 menyentuh hati aku. Kamu buat aku tersenyum berdikit2..:) Aku nampak kamu tapi wajah kamu xjelas. Jarak kita membataskan aku untuk mengecam wajah kamu. Kiranya selepas kejadian itu kamu ada berdiri di sebelah aku menunggu bas atau beratur di belakang aku utk membayar makanan aku xkan tahu itu kamu. Tapi xmengapa kiranya kalau ALLAH mahu menunjukkan itu kamu suatu hari aku akan tahu. Aku terlambat ke kelas hari tu dan kamu ada menyumbang sedikit dalam faktor yg melambatkan aku. Hehe..sikit. Sekurang-kurangnya kamu telah memperlahankan langkah aku..Bawah pokok yg redup itu aku nampak kamu dan dia. Kamu dgn gitarmu duduk di atas rumput dan dia dgn dirinya duduk di atas kerusi rodanya. Kamu mainkan lagu apa aku tidak dpt dgr dgn jelas. Tapi yg jelas aku nmpk dia senyum memandang kamu. Kamu berdua seperti berada dlm dunia kamu sendiri xpeduli apa ada di sekeliling. Aku perlahankan langkah aku waktu melihat kamu malah hampir berhenti. Aku betul-betul mahu lihat wajah kamu dgn jelas mendengar lagu yg kamu mainkan. Aku toleh ke belakang berkali-kali ke arah kamu waktu menuruni anak tangga itu tapi masih aku xdpt menangkap wajah kamu. Ampunkan aku ALLAH waktu itu. Kamu menyentuh hati aku dgn menghiburkan dia, hamba ALLAH yg istimewa itu. Pasti kamu bkn kawannya tapi sahabat. Aku xtahu apa yg sdg terjadi tapi aku mengandaikan itu sbb dia nmpk gembira waktu itu. Senyumannya jelas. Kamu buat aku jadi perindu. Rindu kan kawan2 yg lama aku xjumpa dek kerana jihad kita ini. Membuat aku terfikir apa yg aku pernah lakukan utk menggembirakan sekeping hati seorang sahabat. Akhirnya aku senyum sendiri..
nota kaki: ALLAH, rindu betul aku dgn sahabat aku yg berdua tu..sahabat ku yg cantik dan sahabatku yg hensem..J ALLAH, panjangkan jodoh persahabatan kami. Izinkan aku tua bersama-sama mereka dan hubungan kami dikekalkan disambung oleh anak cucu kami. Izinkan aku tua bersama mereka supaya kami boleh duduk bercerita bersama zaman muda kami..Izinkan ALLAH dan redalah atas persahabatan ini.
Dua Puluh Dua Puluh Satu
3 years ago
No comments:
Post a Comment