Friday, January 11, 2013

Bismillaah...








"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang2 yang bertaqwa. Yaitu orang yang berinfaq, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang2 yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan"

(Al Imran:133-134)












Selamat hari Jumaat!
Dah habis baca Al-Kahfi?

Wednesday, January 2, 2013

Zebra

Bismillaah...


Kita ini manusia yang taat kadang2 berdosa atau
manusia yang berdosa kadang2 taat?


Kita ini manusia yang gembira kadang2 sedih atau
manusia yang sedih tapi ada kalanya gembira?



Itulah, minum kopi lagi.
Esok kerja na.




Tuesday, December 25, 2012

.


Bismillaah...






Pernah merasa kasih sayang Allah begini?
Bahawa Dialah yang mengetahui segala yang aib, yang hitam, yang gelap dari setiap sisi kita tetapi dalam masa yang sama Dialah yang kasih dan sayangnya tiada tara.




Titik.

Friday, December 14, 2012

Bismillaah...



Wow.

Protein

Bismillaah...





Kerana badan semakin tua, manakala tanggungjawab semakin bertambah :)

Semoga semua yang ditinggalkan dan dirindui berada dalam kesihatan merah jambu.
Ameen


Selamat hari Jumaat!

Friday, October 26, 2012

Raya Haji

Bismillaah...



Sebetulnya, pulang untuk aidiladha lebih nostalgia berbanding pulang raya aidilfitri yang lalu. Walaupun kedua2nya disambut dalam keadaan kami yatim piatu tahun ini. Mama dah tak ada, baba dengan kekangan kerja di pelantar.

Sebab?

Pulang raya haji.
Tahun lepas, terakhir yang balik disambut mama di rumah.
Tahun lepas, terakhir yang kami dapat rasa masakan mama- nasi arab dan laksa.


Aku ingat lagi balik tu, mama seperti biasa kemaskan bilik kami masing2. Masak sedap2. Sampai2 semua siap berhidang. Suka tengok mama makin sihat dan ceria. Malam tu, walaupun bilik dah cantik dan bersih dikemas mama, aku tetap memilih untuk tidur dengan mama sebab baba tak balik beraya. Masuk2 bilik, whoa~ kagum tengok cadar katil mama yang baru dan cantik.haha Waktu tu macam yakin sangat yang everything has went back to normal. Mama dah sihat dan kembali seperti biasa. Berita tentang glioblastoma multiforme itu aku pendam dalam2 dan menyangka mungkin keajaiban sedang berlaku. Walhal waktu itu mungkin mama sedang berperang dengan diri sendiri. Mama rahsiakan kata2 doktor yang mama mungkin ada masa beberapa bulan saja lagi. Cukup dengan beritahu diagnosis doktor, mama harap kami nampak akan masa depan yang mungkin hitam.


Bila difikirkan balik, bagaimana mama dapat senyum dan ketawa dengan cantik waktu itu, ya?


Mama ajak aku solat jemaah, mama bangun qiyamullail, mama mengaji. Hari2 mama adalah seperti itu. Rupa2nya mama bukan saja mencari kekuatan, tetapi mungkin lebih kepada menyiapkan diri. Ah, beruntungnya mama :')


Aidiladha yang lepas, kalau pun aku mampu tersenyum bila mengenangkannya, hanya kerana Allah izinkan aku memasak untuk kali terakhir buat mama-rendang ayam kampung. huhu mama kata, pas!hehe


Aihh, rindu.
Semoga mama di sana setiap saatnya adalah raya. Meraikan kemenangan mama bersabar atas ujian di dunia. Ana doakan. Ana doakan.



Gambar pertama dan terakhir kami lengkap semuanya. Aidilfitri 2010. Aidilfitri 2011 kami beraya di hospital. Kalau dilihat betul, ada bentuk 'hati' pada formasi kami, kalaulah iman berdiri seperti pose arep.hehe



p/s: Salam aidiladha semua orang! Maknai cerita pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail sebaik2nya kali ini. Refleks pengorbanan kita, hargai pengorbanan orang :)
 

Wednesday, October 24, 2012

Ali

Bismillaah...





Cemburu.
Cemburu dengan akhwat atau ikhwah yang sama2 bergerak kerja dalam dakwah dengan adik-beradiknya. Adik dengan kakak. Adik dengan abang. Ada yang sekapal. Ada yang tidak. Tapi tak apalah. Minimum mereka faham kepayahan lantas memberi sokongan yang selayaknya diterima.
Lebih dari itu sebenarnya, lebihnya ikhwah akhwat yang bertuah ini, mereka tak perlu lagi pening2kan kepala fikir dakwah famili. Kefahaman sudah ada. Fikrah sudah jelas. Lagi2 kalau memang didikan tarbiyah dan dakwah itu datangnya dari ibu ayah sendiri. Ibu dan ayah sendiri adalah da'ie. Ibu dan ayah sendiri adalah yang menggerakkan. Ibu dan ayah sendiri adalah individu2 'infiru'. Alangkah!


Begitulah cemburu yang kadang2 datang bila2 terserempak dengan ikhwah akhwat begini. Asyik melihat untungnya orang. Lupa bersyukur nikmat keluarga sendiri. Lupa mana ada keluarga yang sempurna di dunia ni. Refleks kembali, walaupun katanya dalam famili aku seorang sajalah yang berusrah dan duduk dalam kelompok tarbiyyah tapi tetap saja aku tak mampu bergerak sejauh ini tanpa sokongan dan bantuan mereka yang mungkin mereka sendiri tak sedar.


Setiap keizinan untuk aku ke mana2 tak kira masa tak kira tempat itu sudah satu rahmat. Siap dihantar kadang2 (semoga Allah balaskan ganjaran sebaik2nya untuk arep dan iman), siap diberi wang saku semata2 untuk memenuhi keperluan tarbiyyah ku. Bahkan waktu mama sakit terlantar, baba tetap saja izinkan aku berprogram di luar pada hujung minggu. Subhanallah. 


Dan sekarang, Ali. Baba kirimkan Ali raya yang lepas walaupun baba tak dapat beraya bersama2 kami, baba kirimkan Ali walau bukan sebagai pengganti. Baba uruskan juga walau terpaksa mohon 'chopper' dari bos tempat bekerja untuk singgah ke pekan sebentar atas urusan bayaran Ali. Baba kata, Ali ni kira memenuhi permintaan mama. Mama baba tahu aku kuat ke sana ke mari. Gagah dengan public transport, gagah dengan menumpang, gagah dengan dihantar, makanya mama minta baba segerakan urusan Ali. Segerakan peneman ke sana sini.


Alhamdulillah, Ali tak pernah gagal menjalankan tugasnya sejak sebulan (lebih) yang lalu. Untuk setiap urusan dakwah dan tarbiyyah yang dimudahkan asbab adanya Ali, aku mohon pahala kebajikannya mengalir untuk mama dan baba. Untuk arep dan iman juga yang sabar dengan kerenah aku di telefon. Mengomel2 bila minta tunjukkan jalan ke mana2 tapi akhirnya sesat. haha!


Meet Ali


Baru2 ini terharu dengan bagaimana ibu ayah seorang akhwat ini berlapang dada dengan kemusnahan teruk kereta anak mereka akibat kemalangan. Apa yang buat aku sangat kagum, kejadian tu berlaku bukan sewaktu anak mereka yang memegang stereng kereta. Bahkan, akhwat tersebut tidak ada langsung di tempat kejadian! Kereta itu dipinjamkan atas urusan dakwah dan ditakdirkan syahid dalam perjalanan. O' Allah! Please bless this family.


And bless my family too.

Ameen.


Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)