Tuesday, February 14, 2017

Tentang melepaskan


Bismillaah...







"Letting go is not easy
There's nothing quiet like swimming in the ocean
Just like how it's natural for your feet to find gravity
It's natural for you to let go
And find your true purpose in life again
The sea is the sea
And you are just you
I have to let go
But sometimes I find myself waking up at the beach again"

-Yuna-




1. Perasaan itu seakan seimbang. Serasa mahu melepaskan tetapi dalam masa yang sama aku masih punya banyak energi untuk terus berjuang. Bingung.

2. Pun begitu masih lagi bersyukur Allah izinkan ketenangan itu didapatkan dari juzuk2 quran dan sujud demi sujud.

3. Aku masih meminta dengan tamak kepada Yang Maha Kaya, berharap Dia memakbulkan SEMUA cita dan cinta.

4. Mimpi2 yang hadir setiap malam masih mimpi yang sama. Yang apabila kau jaga tetap mimpi adalah sifatnya. Kesal.

5. Masih lagi meminta dengan tamak.

Thursday, October 13, 2016

Bismillaah...


I wish to write again.

















Tunggu.

Sunday, June 5, 2016

Asr



Bismillaah...



"Umur antunna berapa?"

"Lapan belas" balas mereka berjemaah.

"Ha, harini secara rasminya beza umur kita 10 tahun" ada yang seakan ternganga tak percaya. Ye adik2. Looks can be deceiving. Ehe


Dan aku 'lari' ke sini,berpuluh kilometer dari keluarga yang seakan kecewa bila aku meninggalkan rumah sebentar tadi. Rupanya ada perancangan nak sambut ulangtahun naik umur secara kecil-kecilan.

Ah, kalau tak dah merasa makan kek lapis2 berkrim. Sekurang2nya keluaran Secret Recipe. Lepas tu boleh upload ke Instagram tujukan apresiasi. Heh


Dah 28.
Dah 8 tahun ditarbiyah.
Kalau perkara sekecil ini saja menggugah, you are back to square one.


Ramadhan Kareem ana.




Thursday, December 10, 2015

T




Bismillaah...


"Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa itu apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya"

(Al-A'raf, 7:201)



Antara nasihat yang tak pernah jemu diputar ulang pada diri dan mereka yang lainnya adalah setinggi mana pun cita2 kita ini terhadap dunia jangan pernah meletakkan ia lebih tinggi daripada cita2 kita untuk menjadi manusia bertaqwa. 


Saintis, doktor, ahli politik, cikgu tadika, tukang sapu sampah


Masih kosong dan kosong nilainya di sisi Allah tanpa iman dan taqwa, tak kiralah berapa banyak kosong pun yang kita kumpulkan dalam akaun simpanan kita. Tanpa iman, tanpa taqwa kita masih lagi rendah darjatnya di sisi Allah walaupun pada pandangan manusia kita kelihatan mulia.


Kerana lihat saja apa yang nilai taqwa itu mampu lakukan pada diri melalui firman Allah di atas. Membayangkan (menginginkan) perbuatan maksiat saja sudah menyalakan 'red alert' dalam diri orang bertaqwa, jauh sekali nak melakukannya. 


Jauh dan payahnya laluan menuju taqwa itu adalah fakta yang telah lama kita akur setelah menghadam kitab2 sirah, setelah kita tadabbur firman demi firman-Nya. Namun bukan alasan untuk kita mengatakan ia mustahil lalu dengan mudah berputus asa. 


Terus dan teruslah bermujahadah. Walaupun dalam proses tersebut entah berapa kali terpaksa kita kutip diri kita yang jatuh hampir ke jurang neraka. Tetap saja terus. Moga moga Allah redha.




Saturday, October 10, 2015

Bismillaah...





Kalau manusia itu jenisnya ada tiga;

1) yang meletakkan ruh di atas nafsunya
2) yang nafsu dan ruh itu saling tarik-menarik lalu seimbang
3) yang meletakkan nafsu di atas ruh



Nak sambung...tapi arghh tak ada idea.
Dah, nak keluar, tengok manusia.

Turun naik keretapi.
Tonton dengan akal dan hati.



















Friday, June 5, 2015

Bismillaah...


Baba lebih dua dekad yang dulu, masih lagi baba yang sekarang.
Alhamdulillah

Tuesday, May 5, 2015

Peluang Kedua

Bismillaah...





Dua hari selepas kejadian yang hampir meragut nyawa, aku dilihat masih begitu bersyukur dengan hangatnya mentari pagi, biru langit rasa luar biasa cantik dan angin petang terasa nyaman ke hati. Baru tersedar yang nikmat2 ini bukan nikmat biasa. 

Hari pertama selepas detik cemas tengah malam itu, melihatkan  langit, mata jadi hangat tiba2. Terasa sekali bahawa bernafasnya aku pagi itu bukan kerana pagi itu adalah pagi2 biasa seperti sebelumnya, tetapi kerana Allah masih berkehendak untuk aku hidup walaupun malam sebelumnya boleh saja kalau kemalangan itu dijadikan asbab kematian. Tetapi aku dan Adam selamat dari celaka tanpa sedikit pun luka. Allahuakbar!


Tidak ada trauma kerana keesokan paginya aku mulakan semula perjalanan ke kampung yang tertangguh semalam dengan memandu Ali tanpa masalah. Cuma sedikit 'down' dari sudut emosi kerana merasakan sudah menyusahkan begitu ramai pihak- baba, Arep, pelancong2 dalam bas yang dihentam terutamanya- disebabkan aku, perjalanan mereka jadi tertangguh berjam2.


Walaupun hati aku kuat mengatakan bahawa apa yang terjadi bukan berpunca dari kelajuan aku (tetapi faktor jalan raya yang cederakan tayar), tetapi sebagai langkah berjaga2 aku angkat juga tangan kanan, ikrar dalam hati untuk jauhkan diri dari lorong kanan untuk beberapa waktu ini. Sebab tiba2 semua nak keluar testimoni bahawa Ana memandu memang laju, maka itu jadi punca utama kemalangan berlaku. Urmm...


Berlapang dada. 
Kerana faktanya, kebanyakan kelajuan, membunuh.





p/s: bersyukur untuk peluang kedua


Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)