Friday, July 13, 2012

Bismillaah...


Aku, suatu hari, dalam perjalanan ke 'medan perang' bersama dia, dengan berterus-terang meluahkan rasa,

"Akak seumur hidup tak pernah merasa hidup susah. Akak takut la"

Dia yang faham dengan maksud 'ketakutan' aku itu membalas,

"Nak takut apa kak. Bersyukurlah dengan rezeki yang akak dapat"

Aku jadi terdiam sebenarnya mendengar balas kata begitu.

'Bersyukurlah...'
Sebelum takut, adakah aku sudah cukup bersyukur? Dan kalau benar sudah, apakah aku perlu takut?

Aah.



Semoga setiap nikmat akhir untuk jalanNya, bukan kering memenuhi syahwatku

Sunday, June 17, 2012



Bismillaah...






"The things you struggle with today are things you choose to struggle with.
Because you believe that what you want to accomplish is worth struggling for"

Wednesday, June 6, 2012

So soon





Bismillaah...











Aku rasa aku perlu mula menulis diari semula. Kalau masih tak kuat lagi untuk buka diari putih, beli diari baru. Yeah, seriously...

Tuesday, June 5, 2012

24.dan yang pertama.

Bismillaah...



"Salam. Sanah helwah kak ana..Moga terus kuat dan kuat!"



Jazakillaah...^^,














Err...random?

Friday, June 1, 2012

Pagi Jumaat

Bismillaah...




'There's nothing i wouldn't do 
to have just one more chance
To look into your eyes 
and see you looking back...'


Mama,
Mimpi tadi kejam amat ana rasa. Ana pegang tangan mama. Ana nampak mama senyum. Ana cakap2 dengan mama. Ana pandang wajah mama dan mama...mama pandang ana semula. Mama nampak lebih muda dan cantik dari biasa2 mama di dunia. Tahi lalat mama, tahi lalat yang hampir di dagu kanan tu paling menyerlah. Berseri2.

'Mama ingat ana?'
'Ingat!Mama ingat ana!'

Sungguh2 mama menyatakan. Macam takut benar ana ingat mama dah lupa ana. Dan lepas tu kita sama2 mengongoi menangis.

Ana terjaga dengan mata basah. Sedang wajah, suara mama sebentar tadi masih jelas. Kehadiran mama benar2 terasa. Ana jadi terpaksa membetulkan semula kepala. Membetulkan semula fakta. Yang mama sebenarnya dah tak ada. Dah jauh.

Ana sambung menangis mengogoi semula. Kali ini di dunia sebenar. Kali ini berseorangan. Kali ini tanpa mama.

Ma...


Thursday, May 10, 2012

Meja kerja

Bismillaah

sumber: di sini

Ini foto meja kerja Albert Einstein. Dirakam pada April 18, 1955- hari kematiannya. Melihatkan meja kerjanya yang sibuk begini, aku jadi terfikir 'meja kerja' aku nanti bagaimana pada hari aku mati. Sesibuk inikah? Atau kosong penuh dengan debu.

Tuesday, May 8, 2012

"Ini jihad ana..."



Bismillaah...



Aku tak tahu kalau ada dalam dunia ini anak perempuan yang tak pernah berselisih, bergaduh dengan ibunya. Kalau ada, meh sini aku nak tabik spring satu kali. Dalam keluarga, walaupun aku paling rapat dengan mama tetapi akulah agaknya paling banyak menyakiti hatinya. Pantang cuti panjang di rumah, ada saja perkara nak diselisihkan. Perang dingin tak sah kalau tak berlaku. Dan aku yang waktu tu dah hidup dalam tarbiyah dua tiga tahun tertekan lah juga dengan keras hati sendiri yang seolah2 tak ada siapa dapat tolong. Lebih tekanan bila hal2 terasa, bermasam muka ni berlaku atas sebab2 yang tak syari'e. Serius aku rasa nak hantuk kepala sendiri berkali2.


Selalunya, mamalah yang paling banyak bersabar. Aku merajuk macam mana pun (kunci bilik, tak tolong masak, tak nak makan, diam tak bercakap, tambah lagi buat muka masam), mama tak sikit pun buat muka terkesan. Selalu datang jenguk bilik dengan muka tenang, sama ada untuk ajak makan atau untuk beritahu apa2. Mama juga tak pernah sekalipun guna line 'Ana ni, nama je ikut usrah tapi perangai...' walaupun rasanya, itulah 'line' yang paling layak untuk aku terima dan selalu bermain di kepala bila kami berdua 'berperang'. Tekanan, cukup tekanan.


Akhirnya, Allah bagi jalan solusi untuk aku berubah dengan hilangkan sedikit kesabaran mama. Akhir tahun 2010, itulah kali terakhir aku dan mama bergaduh. Mama akhirnya meninggikan suaranya sedikit, menegur sikap aku. Seharian aku berkurung dalam bilik, menangis, dan aku ambil masa tiga hari untuk dapat bercakap dengan mama semula. Bukan sebab tak dapat terima teguran, tapi sebab rasa malu. Malu dengan sikap sendiri yang masih anak2 dan tidak matang sampai perlu ditegur begitu. Malu kalau2 sikap aku ini menjadi fitnah dakwah dan orang2 yang ditarbiyah. Tetapi mama tetap mama. Yang tahu dan terima bahawa Ana tetap Ana. Aku berubah baik macam mana pun, mama tak pandang aku seperti malaikat yang 'diharamkan' untuknya berbuat silap. Aku tetap anak mama yang perlu sentiasa diingatkan, perlu sentiasa ditegur, perlu sentiasa mempunyai kesabaran yang sama waktu membesarkan. Dari mula sampai akhir hayat. Sampai akhir hayat mama.


Petang itu, setelah tiga hari malu nak bertegur sapa aku dilihat sudah berbaring di riba mama. Petang yang damai, sambil mama mengelus lembut rambut ku, aku pandang ke luar tingkap. Jauh. Jauh ke langit yang dilitup awan petang. Rasa sebak menyerbu masuk tiba2.


"Mama, doakanlah ana ni lembut hati"
Air mata menitik.
"Ana, manusia ni baik macam mana pun dia tetap ada satu kelemahan yang perlukan dia berjihad untuk buang kelemahan tu. Ini jihad ana..."
Tenang mama menjawab.



"Ini jihad ana..." aku tak akan lupa itu sampai bila2.


               
                    Ma...

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)